Lebuhraya Senai–Desaru
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lebuhraya Senai-Desaru (bahasa Inggeris: Senai-Desaru Expressway, SDE) Lebuhraya Senai–Desaru, ialah sebuah lebuh raya baru di Johor, Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia. Menyambungkan Senai di barat Johor dengan Desaru di timur Johor, fasa pertama lebuh raya sepanjang 77 km ini siap pada Ogos 2009, manakala fasa kedua pula siap pada Jun 2011. Waktu perjalanan akan dipendekkan dari 2 jam menjadi 45 minit.
Pembinaan Lebuhraya Senai-Desaru bermula pada Julai 2004. Ia bersambung dengan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Pasir Gudang dan Desaru. Selama ini penduduk sekitar menggunakan Lebuhraya Skudai dan Lebuhraya Pasir Gudang dari Senai untuk ke Pasir Gudang. Kos projek ini RM1.365 bilion.[1]
Secara keseluruhan, lebuh raya ini mempunyai 6 persimpangan, 4 plaza tol dan 2 kawasan rehat dan rawat yang bermula dari persimpangan 301, Senai sebelum melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, bandar Ulu Tiram, Pasir Gudang dan terus ke Desaru.
Pemegang konsesi lebuh raya, Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) dijangka tidak mengenakan sebarang bayaran tol kepada penggunanya pada peringkat awal.[1]
Remove ads
Fasa 1
Fasa pertama sepanjang 50 km dari Senai ke Pasir Gudang dibina sebagai lebuh raya kembar penuh 4 lorong, mempunyai lima persimpangan serta dua kawasan rehat dan rawat.
Fasa 2
Fasa kedua dari Cahaya Baru, Masai ke Desaru dibina sebagai lebuh raya tunggal 2 lorong kecuali Jambatan Sungai Johor yang dibina 4 lorong, siap pada 10 Jun 2011. Pemilihan konfigurasi lebuh raya dua lorong pada jajaran ini mengambil kira hasil bancian Laluan Persekutuan LP 92 yang begitu rendah.[2] Ia menampilkan Jambatan Sungai Johor sepanjang 4 km yang menjadikannya sebagai jambatan sungai terpanjang di Malaysia. Kutipan tol semasa bulan pertama pembukaannya adalah percuma iaitu hanya merangkumi jajaran Fasa 1 sahaja.
Remove ads
Senarai persimpangan
Laluan utama
Hubungan Pasir Gudang
Remove ads
Isu dan kontroversi
Pada 25 Oktober 2011, laporan Ketua Audit Negara 2010 di dalam Malaysiakini.com, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuh raya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.[3]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads