Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
Lapangan Terbang di Kulai dan Johor, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (IATA: JHB, ICAO: WMKJ), ataupun Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail ialah sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa di Malaysia, yang terletak di Johor. lapangan terbang tersebut terletak di Senai, Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Ianya berhampiran dengan Johor Bahru. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di negeri Johor dan dapat memberi perkhidmatan, khususnya kepada penduduk-penduduk selatan Johor. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan lapangan terbang kelima tersibuk di Malaysia.
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan salah satu hub AirAsia. Kini, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd, operator lapangan terbang pertama yang bebas di Malaysia selepas pemisahannya daripada Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad pada tahun 2003.
Remove ads
Sejarah
Lapangan terbang ini pada asalnya dibuka pada tahun 1974 dan memberi perkhidmatan khususnya kepada penduduk Johor dan selatan Johor. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai digunakan sebagai hab bagi AirAsia.
Sekarang, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Sdn.Bhd (Senai Airport Terminal Services), selepas mengambil alih operasi lapangan terbang daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 2003.
Remove ads
Sejarah (Versi Lain)
Dibuka pada 1974, lapangan terbang ini diurus dan dikendalikan oleh Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATSSB) yang mengambil alih operasi daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada tahun 2003 di bawah konsesi 50 tahun untuk dibangunkan. Lapangan kapal terbang. SATSSB kini dimiliki sepenuhnya oleh MMC Corporation Berhad. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kini merupakan satu-satunya lapangan terbang awam yang diuruskan secara persendirian di Malaysia. SATSSB juga mengendalikan Lapangan Terbang Kerteh untuk Petronas.
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai mampu mengendalikan sehingga 4.5 juta penumpang dan 80,000 tan kargo setahun.
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berfungsi sebagai pintu masuk penerbangan untuk Iskandar Malaysia dan wilayah selatan, dan berdedikasi untuk menyediakan laluan dan perkhidmatan yang penting untuk memenuhi keperluan pelancong dan pelancong perniagaan. Dilengkapi dengan landasan Kategori 4E 3,800 meter, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai boleh mengendalikan pesawat sehingga jet besar seperti Airbus A350 XWB, Boeing 777 dan juga Antonov An-124 Ruslan pengangkut barang. Pada masa ini, terdapat empat syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, melayani 12 destinasi domestik dan 4 antarabangsa.
Pada 2019, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai mengendalikan sejumlah 4,254,922 penumpang dan 15,010 tan kargo dengan gabungan 52,030 pergerakan pesawat komersial berjadual dan tidak berjadual. Pada masa ini terminal sedang diperluas untuk mengendalikan 5 juta penumpang menjelang 2023.[3]
Remove ads
Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
Pada hari ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai masih sudah menjadi status sebagai lapangan terbang antarabangsa. Dengan projek pembangunan Johor Selatan iaitu Iskandar Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berpeluang untuk menjadi salah satu hab pengangkutan yang utama di Malaysia dan mampu untuk menaik taraf lapangan terbang ini sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Terletak secara strategiknya di Iskandar Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan menjadi salah satu hab penerbangan utama di Malaysia pada masa akan datang. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bercadang untuk meningkatkan pelaburan sebanyak RM 1 bilion selepas beberapa tahun lagi untuk menaik taraf pesawat di lapangan terbang dan kemudahan kargo seperti pusat kargo yang baru dan meningkatkan ruang bagi perniagaan runcit lapangan terbang.
Senai Airport City ataupun Bandar Logistik Lapangan Terbang Senai merupakan pembangunan yang dijalankan berdekatan dengan lapangan terbang ini. Senai Airport City ataupun dikenali sebagai Aeropolis yang memerlukan berbilion riggit akan ditapakkan bersebelahan dengan Bangunan Terminal Utama yang mempunyai keluasan sebanyak 1,133 hektar dan akan menyediakan tiga buah komponen iaitu pusat perdagangan lapangan terbang, pusat logistik penerbangan kargo dan Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Senai (Senai High Technology Industrial Park). Komponen pertama akan merangkumi 323 hektar manakala kedua-dua komponen yang lain merangkumi luas sebanyak 405 hektar bagi setiap komponen.
Pada 26 Mei 2008, Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang atau Senai Airport Terminal Services akan membina satu pusat membeli-belah yang dikenali sebagai Aero Mall yang memerlukan sebanyak MYR 70 juta. Aero Mall ini dibuka secara rasmi pada Julai 2010. Aero Mall merupakan pusat membeli-belah yang pertama di Malaysia yang terletak di dalam terminal lapangan terbang.
Syarikat Penerbangan dan destinasi
Penumpang
Kargo
Remove ads
Pengangkutan
untuk masa kini, Perkhidmatan hantar jemput Penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, bisa melalui Perkhidmatan Teksi dan Bas.
Bas
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai disambungkan ke Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Senai–Desaru dan Laluan Expressway Kedua. Teksi disediakan di luar lapangan terbang. Bas ke pusat bandar dengan pilihan untuk transit ke Singapura tersedia.[10]
Causeway Link menyediakan laluan kepada penumpang ke JB Sentral.
Perkhidmatan bas ke kawasan-kawasan utama seperti pusat bandar raya, JB Sentral dan Larkin Sentral juga disediakan.
Teksi
Perkhidmatan teksi turut disediakan di lapangan terbang ini. Perkhidmatan teksi ini dapat menyediakan untuk ke destinasi di sekitar metropolitan Johor Bahru seperti pusat bandar raya, Bandar Senai, Skudai, Pusat Bandar Kulaijaya, JB Sentral, Nusajaya dan sebagainya.
Tren
Buat masa sekarang, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai tidak mempunyai jaringan dan perkhidmatan kereta api untuk ke pusat bandar raya Johor Bahru. Terletak secara strategiknya di Iskandar Malaysia, iaitu Zon Ekonomi Utama E: Senai-Skudai, Iskandar Malaysia akan merancang sebuah tren untuk ke pusat bandar yang dikenali sebagai Shuttle Express, yang serupa dengan KLIA Ekspres tetapi pada skala yang kecil. Tren ini akan menghubungkan Lapangan Terabang Antarabangsa Senai ke Bangunan Sultan Iskandar@JB Sentral melalui Skudai dan Larkin Sentral. Di bawah perancangan masa hadapan, satu laluan KTM baru dan stesen kereta api yang baru akan berempat di lapangan terbang ini untuk meningkatkan lagi pengangkutan ke lapangan terbang.
Remove ads
Galeri JBIA
- Destinasi-destinasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
- Dalaman lapangan terbang.
Senai Business Aviation Terminal (SBAT)
SATSSB yang juga mengoperasikan SBAT, terminal penerbangan persendirian yang terletak betul-betul di sebelah bangunan terminal utama lapangan terbang dan berkongsi infrastruktur yang sama. Sesuai dengan namanya, SBAT mempunyai kemudahan perniagaan termasuk bilik mesyuarat dan persidangan, serta kemudahan makan dan rehat peribadi.[14]
Senai Airport Free Industrial Zone (SAFIZ)
SAFIZ membentuk sebahagian daripada jumlah kawasan tanah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan beroperasi sebagai zon perindustrian bebas untuk beberapa kilang multinasional dan hab pengedaran, termasuk Pokka, Celestica dan BMW.[15]
Rujukan
Lihat Juga
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads