Lecturerku Oppa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lecturerku Oppa merupakan drama siri disiarkan di platform online iQIYI. Diterbitkan oleh Arie Zaharie Production Sdn Bhd di bawah arahan pengarah Fairuz Loy. Dibintangi Jang Han-byul, Sweet Qismina, Farisha Iris bermula 3 Mac 2023, episod baru setiap Jumaat dan Sabtu, pukul 9:00 malam. Strim drama Lecturerku Oppa di aplikasi iQIYI atau di www.iQ.com.[1]
Remove ads
Sinopsis
Jung-Hyun Hwang ialah seorang pensyarah di Kolej Pengurusan Pelancongan di ibu negara. Dia seorang Korea yang fasih bahasa Melayu. Dia kacak dan dikagumi ramai pelajar di kampus, tetapi dia hanya meminati seorang pelajar Melayu bernama Sara.
Apabila Sara ditugaskan untuk membuat projek tentang Korea, Hyun berkeras membantunya supaya mereka dapat menghabiskan masa bersama. Sara menolaknya pada mulanya tetapi jatuh cinta padanya semasa mereka berjalan-jalan di kampus. Namun, hubungan antara pelajar dengan pensyarah tidak akan berjalan lancar.
Akhirnya, Hyun masuk agama Islam dan mendapatkan nama baharu, Daniel Abdullah. Dia akan memulakan perjalanan baharu bersama Sara. Namun, dia perlu mengatasi dua cabaran terlebih dahulu, iaitu puasa dan sunat.
Remove ads
Pelakon
Pelakon utama
- Jang Han-byul sebagai Hyun / Daniel
- Sweet Qismina sebagai Sara
- Farisha Iris sebagai Naura
Pelakon pembantu
- Naim Daniel sebagai Nizam
- Atiq Azman sebagai Zafrul
- Marissa Yasmin sebagai Mama Sara
- Haeriyanto Hassan sebagai Papa Sara
- Carmen Soo sebagai Miss Soo
- Yusof Hashim sebagai Sir Adam
- Ji Su sebagai Dasol
Runut bunyi
- Baek - Farisha Iris feat Alan D
- Bukan Milikku - Jang Han-byul
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads