Lee Sang-min (penyanyi)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Lee Sang-min (penyanyi)
Remove ads

Lee Sang-min (Korea: 이상민; Hanja: 李尙敏; dilahirkan 3 Februari 1973) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan personaliti televisyen. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan Roo'ra, kumpulan penyanyi yang fokus pada muzik hip hop dan berunsur tarian.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Lee debut dalam satu kumpulan penyanyi campuran bernama Roo'ra pada tahun 1993 dengan lagu-lagu popular Angel Without The Wing dan Three!Four!. Dalam lewat 90-an dan awal 00, Lee merupakan penerbit paling berjaya bersama Yang Hyun-sook.[perlu rujukan] Beliau menghasilkan banyak kumpulan penyanyi popular seperti Country Kko Kko, Chakra, dan S#arp di bawah naungan syarikatnya, Sangmind.[perlu rujukan] Lee juga yang menjumpai (pencari bakat) pelakon popular Jung Ryeo-won dari Chakra dan Hwangbo dan Tak Jae-hoon dari Country Kko Kko.[perlu rujukan]

Pada 27 Mac 2018, MBC Every1 mengumumkan bahawa Lee akan menyertai barisan pengacara untuk rancangan Weekly Idol sebagai pengacara, berikutan rombakan yang bakal dilakukan untuk rancangan ini.[1][2]

Pada 11 April 2018, Mnet mengumumkan bahawa Lee akan menyertai satu rancangan muzik baru berjudul The Call sebagai pengacara.[3]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada tahun 1995, Lee, yang masih ahli Roo'ra pada masa itu, melakukan cubaan bunuh diri berikutan pertuduhan bahawa salah satu lagu mereka menjiplak lagu debut kumpulan Ninja berjudul Omatsuri.[4]

Pada 19 Jun 2004, Lee berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Lee Hye-young,[5][6] di mana pertemuan pertama kali berlaku di Amerika Syarikat pada 1996 dan berkencan selama tujuh tahun.[7][8] Namun, pada 8 Ogos 2005, pasangan ini bercerai, menyatakan perbezaan personaliti.[9][10] Pada bulan Ogos 2006, Lee disaman oleh bekas isterinya atas tuduhan penipuan dan mengambil 2.2 billion won sebelum perkahwinan mereka dan sehingga mereka bercerai.[11] Dalam saman tersebut, Lee Hye-young mendakwa bekas suaminya membeli sebuah kereta Volvo bernilai 80 juta won dan sebuah kereta BMW bernilai 100 juta won di bawah namanya, dimana Lee tidak membayar hutang ansuran dan menyebabkan wang ditolak dari bayaran penyiaran dan akaun bank Lee Hye-young.[12][13] Pada 28 November 2006, Lee Hye-young membatalkan tuduhan terhadap bekas suaminya.[14]

Pada Disember 2006, polis menangkap Lee kerana disyaki mengoperasi satu laman sesawang perjudian dan menerima 210 juta won sebagai hasil.[15][16] Pada tahun 2009, beliau dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun setengah.[17] Bagaimanapun Lee membuat rayuan, lalu dihukum 3 tahun masa percubaan, 160 jam khidmat masyarakat, dan denda sebanyak 210 juta won.[18]

Lee memulakan sebuah restoran mega yang menampilkan pertempuran langsung seni bela diri (seperti MMA) dan persembahan transgender; bagaimanapun, restoran tersebut gagal pada tahun 2005 dan menyebabkan Lee berhutang sebanyak 6.9 bilion won (US$6,200,000).

Remove ads

Filmografi

Siri TV

Maklumat lanjut Tahun, Rancangan ...

Rancangan Hiburan

Semasa

Maklumat lanjut Tahun, Rancangan ...

Sebelum

Maklumat lanjut Tahun, Rancangan ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads