Weekly Idol

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Weekly Idol (Korea: 주간 아이돌) ialah sebuah rancangan varieti Korea Selatan yang bermula pada tahun 2011 dan kini disiarkan pada hari Rabu pukul 7:30 malam KST di MBC M dan 12:00 malam KST di MBC Every1.[2] Ia adalah salah satu rancangan varieti yang paling lama disiarkan di TV satelit di Jepun.[3][4]

Fakta Segera Genre, Pencipta ...

Rancangan ini dihoskan pada musim pertamanya oleh pelawak Jeong Hyeong-don dan penyanyi "rap" Defconn.

Syarikat produksi di sebalik rancangan ini, Genie Pictures telah diperoleh oleh FNC Add Culture pada 15 Januari 2018,[5] manakala FNC Add Culture telah diperoleh oleh SM Entertainment pada 18 Mei 2018 dan dinamakan semula SM Life Design Group.[6]

Pada 22 Februari 2018, MBC Every1 mengumumkan bahawa kedua-dua hos akan berundur daripada rancangan ini.[7][8][9]

Bekas ahli Roo'ra Lee Sang-min dan pelawak Yoo Se-yoon & Kim Shin-young telah dipilih sebagai hos baharu musim kedua rancangan ini, yang memulakan debut pada 11 April 2018.[10] Pada 21 November 2018, telah diumumkan bahawa kesemua 3 hos, penerbit dan krew semasa akan meninggalkan rancangan ini pada bulan Januari 2019 dan penstrukturan semula program dijangkakan.[11]

Pada 18 Disember 2018, telah diumumkan bahawa hos baharu untuk musim ketiga rancangan ini ialah pelawak Nam Chang-hee & Jo Se-ho dan Hwang Kwang-hee ZE:A. Musim ketiga bermula pada 9 Januari 2019.[12] Pada 12 Februari 2020, diumumkan bahawa Jo Se-ho dan Nam Chang-hee akan meninggalkan peranan pengacaraan mereka dan akan ada MC istimewa yang diambil untuk menyertai Hwang Kwang-hee dalam pengacaraan setiap episod, bermula dari episod pada 19 Februari sehingga episod pada 15 April.[13] Pada 17 April, telah diumumkan bahawa Eunhyuk Super Junior akan menyertai Hwang Kwang-hee sebagai hos tetap, bermula dari episod pada 22 April.[14]

Remove ads

Pengacara

Kini

  • Hwang Kwang-hee (ZE:A) (Episod 389–kini)
  • Eunhyuk (Super Junior) (Episod 456-kini)

Bekas pengacara

Maklumat lanjut Musim, Nama ...

Sudut "Idols are the Best"

Pengacara jemputan berulang

Maklumat lanjut Kumpulan, Nama ...

Nota: Beberapa ketika, Jeong Hyeong-don dan Defconn sebaliknya muncul sebagai tetamu pilihan ("Hyungdon dan Daejun") dengan kedudukan hos mereka digantikan oleh pelbagai hos tetamu.

Pengacara jemputan

Idol Relay System

Selepas Jeong Hyeong-don hiatus daripada aktiviti penyiaran bermula Episod 227, sistem telah diperkenalkan di mana idola yang rapat dengan Hyeong-don akan bergilir-gilir mengacarakan rancangan itu untuk menggantikannya.[17]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads