Lelaki Macam Dia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lelaki Macam Dia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2016 yang diarahkan oleh Hashim Rejab. Drama ini dibintangi oleh Azrel Ismail, dan Izreen Azminda. Siri drama ini memulakan tayangan perdananya menerusi Slot MegaDrama di saluran Astro Ria bermula 18 Julai 2016 dan menggantikan drama Assalamualaikum Cinta.[1]
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan tentang Fahmi dan Fatihah Husna yang tinggal berjiran. Apa sahaja yang dilakukan oleh si suara petir itu tidak kena dimata Husna. Sehingga digelar Mamat Muka Selenga kerana Husna lebih tertarik kepada bos ditempat kerjanya, Encik Aydan yang mirip pelakon Korea yang diminatinya. Lama kelamaan timbul perasaan sayang. Tetapi keduanya ego untuk mengakuinya. Segalanya berubah setelah sekembalinya Husna dari Korea setelah tamat pengajiannya. Fahmi didepannya sekarang bukanlah si Mamat Selenga yang dikenalinya dulu. Konflik mula timbul apabila mereka hampir bertunang dengan pilihan sendiri. Tetapi akhirnya bersatu kembali setelah satu kejadian lucu dikampung Fahmi.
Remove ads
Pelakon
- Azrel Ismail sebagai Fahmi Nazarul[1][2]
- Izreen Azminda sebagai Nur Fatihah Husna[1][2]
- Akhmal Nazri sebagai Encik Aydan Danial[1][2]
- Sharisa Haris sebagai Sally[1]
- Zera Hariz sebagai Hajar[1]
- Elya Miera sebagai Lily[1]
- Natasha Elyzza sebagai Nina[1]
- Zulkifli Ismail sebagai Dato' Said[1]
- Syamim Farid[3]
Penerbitan dan siaran
Lelaki Macam Dia merupakan sebuah drama dalam bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd dengan arahan oleh Hashim Rejab. Drama ini merupakan drma yang beradaptasi daripada sebuah novel Malaysia yang bernama Mamat Muka Selenga. Novel itu ditulis oleh Aliesha Kirana. Drama ini ditayangkan di saluran Astro, Astro Ria dan Astro Ria HD menerusi Slot MegaDrama,[2] bermula 18 Julai 2016 hingga 11 Ogos 2016.
Runut bunyi
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads