Azrel Ismail

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Azrel Ismail (lahir 16 Januari 1984) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model lelaki Malaysia. Beliau pernah menyertai Pertandingan Lelaki Maskulin pada tahun 2008/2009. Selain itu wajahnya juga seiras dengan pelakon terkenal, Remy Ishak.[2][3]

Fakta Segera Kelahiran, Pusat pendidikan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 16 Januari 1984 di Taiping, Perak kepada pasangan Ismail bin Shafie dan Mat Som. Beliau mempunyai seorang abang yang bernama Najib Ismail. Beliau merupakan pelajar di Kolej Taylor, Kampus Rasmi Sydney di Sydney, Australia.[4]

Kerjaya

Azrel Ismail memulakan kerjaya lakonan pada 2011, pada usia 27 tahun; dua tahun selepas menyertai Pertandingan Lelaki Maskulin 2008/2009 yang turut disertai oleh Mustaqim Bahadon. Penampilan pertamanya di televisyen ialah menerusi drama seram, Santau Merasuk, kemudian diikuti oleh watak sampingan sebagai Dr. Hakimi dalam drama romantik Cinta Buat Emelda.

Azrel kemudian melakonkan peranan sampingan dalam filem aksi 8 Jam arahan Ahmad Idham lakonan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Setahun berikutnya, beliau menjadi pelakon undangan dalam salah satu episod siri televisyen keislaman, Zikir Hati, "Dendam" yang bersiaran pada bulan puasa Ramadhan di TV3,

Beliau mendapat penghargaan meluas dalam kerjaya lakonan menerusi gandingannya bersama Janna Nick dalam siri drama Syurga Nur untuk siaran di Slot Akasia TV3, memegang watak sebagai Dr. Haris. Azrel kemudian berlakon di samping Adi Putra dan Diana Danielle dalam filem drama epik Hanyut arahan U-Wei Hj Saari, berdasarkan daripada novel Almayer’s Folly karya Joseph Conrad.[5]

Azrel digandingkan bersama Ruhainies dalam drama komedi romantik, Menantu Ting Tong yang bersiaran di TV3. Kemudian beliau digandingkan bersama Raysha Rizrose dalam Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, turut berlakon ialah Idris Khan.

Beliau memegang watak sebagai Omar dalam filem drama sejarah Pulang arahan Kabir Bhatia, yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Puteri Aishah. Filem ini ditayangkan pada 26 Julai 2018.[6]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Web drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads