Lufya Omar

Pelakon dan penyanyi wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Lutfyah binti Sheikh Omar (lahir 2 Februari 1985) atau lebih dikenali sebagai Lufya Omar (Jawi: لوفيا عمر ) merupakan seorang pelakon dan bekas penyanyi wanita Malaysia. Beliau juga merupakan pencipta lagu keagamaan berjudul Doaku yang menjadi lagu tema drama Ramadan Jangan Pergi. [1]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...

Beliau juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam pada tahun 2008. Sekarang, Lufya lebih kearah bidang lakonan selepas bersara dari bidang nyanyian pada tahun 2015.

Remove ads

Kehidupan awal

Lufya dilahirkan pada 2 Februari 1985 dan berasal dari Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Beliau berdarah campuran Arab dan Jawa.

Kerjaya

Lufya mula terlibat dalam bidang seni apabila menyertai pertandingan Akademi Fantasia Musim Ke-6 pada tahun 2008. Kemunculan Lufya dalam bidang ini juga mula mendapat tumpuan dari peminat di Malaysia setelah muncul dalam pertandingan tersebut. Seterusnya, beliau juga mula menjinakkan diri dalam bidang lakonan dan telah banyak membintangi beberapa drama dan telefilem.

Pada tahun 2014, lagu ciptaan dan dinyanyikan oleh Lufya iaitu Doaku dijadikan lagu runut untuk drama Ramadan Jangan Pergi yang disiarkan di TV3. Lagu yang dicipta oleh beliau pada tahun 2012 itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari pendengar Malaysia sama ada positif atau negatif.

Pada tahun 2015, Lufya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bidang nyanyian selepas mula berhijab pada Februari 2015 setelah memikirkan secara mendalam dalam membuat keputusannya itu. Bagi beliau, keputusan itu adalah tindakan terbaik dan beliau mempunyai sebab tersendiri untuk menarik diri dari bidang itu. Namun, beliau akan tetap menerima tawaran lakonan tetapi akan lebih selektif terhadap tawaran diberikan dan menerima watak yang bersesuaian dengan imej beliau yang berhijab. [2] [3]

Pada tahun 2017, Lufya dan suami telah mengeluarkan baju jenama sendiri iaitu Lulu & Ken bersempena hari raya yang akan datang. [4]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada Februari 2015, Lufya telah mengambil keputusan untuk memakai hijab sepenuhnya. [5] [6]

Pada 26 November 2016, Lufya telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang doktor [7] , Che Muhammad Hafiz Che Baharum berusia 26 tahun ketika itu dengan sekali lafaz kira - kira pukul 8.30 malam Sabtu. Majlis pernikahan [8] beliau diadakan di Laman Cinta Nirwana yang dihadiri kira - kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua - dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Sheikh Omar Sheikh Abdullah dan Lufya menerima mas kahwin berjumlah RM 2,000 manakala wang hantaran dirahsiakan. Selain itu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat pada Julai lalu. [9]

Pada tahun 2017, Lufya telah mengesahkan beliau sedang hamil empat bulan dan akan memperlahankan aktiviti seni beliau terutama melibatkan set pengembaraan yang mengambil masa panjang. [10] [11]

Pada 11 November 2017, Lufya selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Laana Haura. [12]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Diskografi

Singles

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads