Luqman Podolski
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Luqmanul Haqim bin Kamaruddin (Jawi: لقمان الحكيم بن قمر الدين; lahir 2 Mei 1998) atau lebih dikenali sebagai Luqman Podolski ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan personaliti media sosial lelaki Malaysia.[1][2] Beliau ialah calon ABPBH 2016 sebagai finalis dalam personaliti media sosial.[3]
Remove ads
Kehidupan awal dan pendidikan
Luqman dilahirkan pada 2 Mei 1998 di Kuala Lumpur dan merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1, Puchong, Selangor.[1]
Kerjaya
Luqman Podolski mula bergiat aktif di media sosial sejak 2014 dan mula menghasilkan video di Instagram selepas menonton hasil karya kreatif personaliti media sosial, Faiz Dickie, yang merupakan idolanya.[1][4] Pada 8 April 2017, Luqman terpilih sebagai wakil Malaysia untuk calon bagi kategori Lifestyle dan Breakout Influencer di Anugerah Influencer Asia 2017 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Selain Luqman, personaliti media sosial lain yang terlibat ialah Mira Filzah, Elizabeth Tan dan Ucop.[5] Beliau telah dinobatkan sebagai pemenang Top Breakout Influencer sekaligus menewaskan Mira Filzah.[6]
Luqman memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Sekolahaha arahan bersama Mat Luthfi dan Syafiq Yusof, dijangka ditayangkan di pawagam pada 2024. Kerjaya muzik Luqman bermula pada 2019 setelah menandatangani kontrak bersama Black Hat Cat Records dan Warner Music Malaysia, seterusnya muncul bersama single sulungnya, "Sorang".[7] EP sulungnya, Hitam Putih, dikeluarkan pada 16 Oktober 2020.[8]
Remove ads
Kekeliruan
Pada April 2017, Luqman menafikan dakwaan beliau telah memerli stesen radio Era menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram beliau.[5] Menurut Luqman, video itu dibuat hanya sekadar menghiburkan pengikut Instagramnya dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.[1]
Kehidupan peribadi
Dalam temu ramah bersama mStar Online, Luqman mendedahkan nama 'Podolski' diilhamkan daripada pemain bola sepak antarabangsa, Lukas Podolski. Beliau sebelum ini bukan peminat bola sepak, namun beliau telah meminati pasukan Manchester United. Beliau mempunyai 1.3 juta pengikut di Instagram.[1][9]
Filemografi
Filem
Diskografi
EP
Single
Single kolaborasi
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads