Mahadzir Abdul Hamid

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Yang Berhormat Encik Mahadzir bin Haji Abdul Hamid (lahir 16 November 1975) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Kedah. Beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dari tahun 2013 hingga tahun 2018.

Fakta Segera Yang Berhormat EncikA.M.K. P.J.K. J.P., Pegawai Penerangan Parlimen Sik ...
Remove ads

Kehidupan

Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri lalu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1992. Beliau menyambung pelajaran beliau di Sekolah Menengah Kebangsaan Sik lalu memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada tahun 1994. Selanjutnya, beliau menghadiri Universiti Utara Malaysia (UUM) lalu menamatkan pengajian beliau dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan pada tahun 1998.[1]

Remove ads

Kerjaya politik

Pada 2013, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013 bagi kerusi Jeneri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah lalu menang dengan undian sebanyak 12,318 dengan majoriti 2,060 daripada 25,586 orang pengundi.[2]

Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 bagi kerusi Jeneri namun kalah kepada Muhammad Sanusi Md Nor daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan undian sebanyak 8,171 daripada 27,641 orang pengundi.[2]

Remove ads

Anugerah

  • Kedah
    • Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K.) (2003)[3]
    • Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.) (2014)[4]
    • Jaksa Pendamai (J.P.) (2016)[5]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads