Majlis Bandaraya Ipoh

kerajaan tempatan di Perak, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Majlis Bandaraya Ipoh
Remove ads

Majlis Bandaraya Ipoh(Jawi: مجلس بندارايا ايڤوه;Tamil: ஈப்போ மாநகராட்சி (Īppō mānakarāṭci); bahasa Inggeris: Ipoh City Council, Disingkatkan sebagai MBI) merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Ipoh, Perak. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.

Fakta Segera Majlis Bandaraya Ipoh, Jenis ...
Remove ads

Latar belakang

Majlis Bandaraya Ipoh merupakan bandaraya yang ketiga di Malaysia selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor.

Sejarah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) awalnya bermula dengan kewujudan Ipoh Sanitary Board pada tahun 1893 yang diasaskan oleh Sir Frank Swettenham, Residen British. Kemudian pada 31 Mei 1962, Ipoh diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Ipoh. Seterusnya, Ipoh secara rasminya mendapat status bandaraya pada 27 Mei 1988.

Bunga rasmi bagi Majlis Bandaraya Ipoh ialah bunga kertas.

Remove ads

Ahli Majlis

Seramai 24 orang ahli majlis dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Datuk Bandar

Berikut merupakan senarai Datuk Bandar Ipoh.

Maklumat lanjut No, Datuk Bandar ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads