Man Bai
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Abdul Rahman Osman (lahir 30 November 1967) dikenali sebagai Man Bai merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia bermula sejak 1980-an. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan Gersang.[1]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Man Bai sudah berkahwin. Pada Oktober 2014, beliau mendedahkan isterinya pernah menjalin hubungan dengan seorang lelaki warga Singapura selama lebih empat tahun.[2]
Kerjaya
Kerjaya muzik
Pada awalnya Man Bai menyertai kumpulan Gersang yang dibentuk pada tahun 1981. Selepas melalui beberapa cabaran, kumpulan Gersang mula menjulang nama di pentas muzik tempatan dengan album Gersang pada tahun 1988.
Selepas album ketiga Gersang yang berjudul B29 (1989), Man Bai berhadapan dengan cabaran apabila menghidap penyakit tonsil yang agak serius dan memerlukan pembedahan. Beliau kemudiannya berehat selama hampir enam tahun.
Setelah pulih dari penyakit tonsil, beliau mula mencipta nama sebagai penyanyi solo dengan lagu hit Kau Ilhamku pada tahun 1995.[3][4]
Beliau bekerja dengan Roslan Aziz Productions dari tahun 1991 hingga 2000.[5]
Kerjaya filem
Kerjaya filem Man Bai bermula apabila beliau menerima tawaran berlakon dalam filem Layar Lara arahan Shuhaimi Baba lakonan Ida Nerina. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkannya memenangi Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia pada 1997.
Beliau juga berlakon bersama M. Nasir dan Tiara Jacquelina dalam filem Puteri Gunung Ledang arahan Saw Teong Hin.[6]
Remove ads
Diskografi
Album bersama Gersang
- Masih Aku Terasa (1987)
- Suratan Takdir (1988)
- B29 (1989)
Album solo
Filemografi
Filem
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads