Busker (filem)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Busker (digayakan sebagai BUSKER) merupakan sebuah filem muzikal romantik Malaysia 2018 arahan Syed Fariz (Kye Fariz) terbitan Astro Shaw.[1] Dibintangi oleh Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Anas Ridzuan dan Lia Natalia, filem ini mengetengahkan kisah pemuzik jalanan yang lebih dikenali sebagai busker. Ia ditayangkan pada 11 Januari 2018 dan merupakan kegagalan komersial.[2][3]

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...

Pada September 2018, Sinar Harian menyenaraikan Busker sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah 2018.[4]

Remove ads

Plot

Mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang meminati muzik jalanan dan ingin memperjuangkan minat mereka ke tahap yang lebih tinggi. Kisah pada mulanya berkisarkan tentang Adil dan Vera yang sering tidak bersependapat, sehinggalah mereka dipaksa untuk bekerjasama untuk tugasan akademik di kolej dan mula menjadi rapat. Rupa-rupanya Adil cuba bangun selepas ditinggalkan kekasihnya Mel. Vera mencadangkan untuk Adil menyertai pertandingan Busker supaya dapat memenangi hati Mel semula. Tetapi disebabkan mereka sering meluangkan masa bersama, Vera mula menaruh perasaan terhadap Adil. Manakala Adil pula berdepan dengan konflik persahabatan, cinta dan impiannya sendiri. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Adil akan kembali kepada Mel, dan adakah cinta Vera bertepuk sebelah tangan?.

Remove ads

Pelakon

Thumb
Daiyan Trisha sebagai Vera.
Remove ads

Penerbitan

Busker diarahkan oleh pemenang Anugerah Sri Angkasa 2016, Syed Fariz yang sebelum ini pernah mengarah beberapa drama TV termasuk Jodoh 2 (2013) dan keluarga Iskandar(2015), dengan skrip ditulis oleh Fairul Nizam Ablah. Daiyan Trisha dan Hafeez Mikail pertama kali digandingkan di layar perak, Busker merupakan filem kedua lakonan Daiyan selepas Girlfriend Kontrak (2015)[5][6] dan penampilan sulung Hafeez dalam sebuah filem; pelakon lain termasuk Anas Ridzuan dan Lia Natalia turut menjayakan filem ini. Sebahagian besar penggambaran dijalankan di Johor.[7]

Filem ini turut menampilkan penampilan khas dari beberapa selebriti popular tanah air termasuk Loque, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M. Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain Hamid dan Altimet.[8]

Keluaran dan sambutan

Busker ditayangkan pada 11 Januari 2018 dan menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan pada suku pertama 2018.[9]

Filem ini menerima ulasan positif dan bercampur-campur. Haizir Othman dari Malaysiakini melihat filem ini baik dari segi rupa paras para pelakonnya, garapan lagu-lagu yang sedap didengar, pemandangan tempat-tempat menarik, dan pencahayaan yang cukup.[10] Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online pula berkata: "...sesuatu yang kurang dirasai [oleh penulis] dalam Busker adalah elemen persahabatan itu yang sebenarnya mampu membentuk Busker menjadi sebuah jenama yang kuat...".[11] Angelin Yeoh dari Star2 mendapati jalan cerita filem ini menyegarkan.[12]

Remove ads

Kontroversi

Dua hari selepas Busker ditayangkan di pawagam, sebuah rakaman secara langsung filem tersebut telah dimuatnaik secara haram dan disebarkan di laman Facebook. Menurut Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, rakaman video itu berjaya dipadamkan selepas membuat aduan kepada pengendali Facebook.[13]

Muzik

Lagu tema utama filem ini adalah "Atma Jiwa" nyanyian Simfoni Dalam Poket yang dicipta dan ditulis oleh Loque, bekas gitaris kumpulan Butterfingers. Lagu ini dikeluarkan pada 29 November 2017 dan boleh didapati untuk muat turun digital di iTunes[14] dan penstriman digital di Spotify.[15]

Format dan senarai runut
  • Muat turun digital
  1. "Atma Jiwa" – 3:30[14]
Sejarah keluaran
Maklumat lanjut Negara, Tarikh ...
Runut bunyi
Fakta Segera Runut bunyi oleh Pelbagai artis, Dilancarkan pada ...

Album runut bunyi filem Busker mengandungi 15 lagu, dengan enam daripadanya dipersembakan oleh Simfoni Dalam Poket dan empat daripadanya oleh Monoloque. Daiyan Trisha sendiri turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi Busker dengan menyanyikan lagu "Ingat". Album ini dikeluarkan pada 5 Januari 2018.

  1. "Malas Nak Layan" (ft. Bulan Terry) — MonoloQue (2:09)
  2. "Ingat" — Daiyan Trisha (2:59)
  3. "Atma Jiwa" — Simfoni Dalam Poket (3:30)
  4. "Semak" — Simfoni Dalam Poket (3:07)
  5. "The Beach" — Bil Musa (3:20)
  6. "Alamak" — Simfoni Dalam Poket (3:28)
  7. "Kupu-Kupu Malam" — MonoloQue (4:30)
  8. "Impianku" — D’Funder (4:29)
  9. "Selamat Tinggal Kekasih Lama" — Simfoni Dalam Poket (4:10)
  10. "Mogok Tenteram" – Simfoni Dalam Poket (2:49)
  11. "Teka Teki Teka Tekok" — MonoloQue (2:10)
  12. "Slumber" — Simfoni Dalam Poket (2:11)
  13. "Jelingannya" — MonoloQue (3:51)
  14. "Konfessi" — Morning Glory (4:48)
  15. "Doa Untuk Kekasih" — Simfoni Dalam Poket (3:18)
Remove ads

Anugerah

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads