Mantera Anjasmoro

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Mantera Anjasmoro ialah sebuah siri drama televisyen seram Malaysia 2011 dibintangi oleh Eja, Adi Putra, Fouziah Gous dan Raja Noor Baizura.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Seram TV3 dari 3 Mac 2011 hingga 26 Mei 2011[2] menggantikan Saka Jentayu.

Fakta Segera Genre, Ditulis oleh ...


Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3 Malaysia.[3]

Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan tentang seorang isteri yang menggunakan ilmu pengasih rebusan air seluar suami. Zahid dan Eja merupakan pasangan suami isteri yang berjaya dalam kerjaya masing-masing. Malangnya selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan hubungan menjadi dingin sehingga Sabrina tidak sedar suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja Sabrina iaitu Suria (Fouziah Gous). Pada suatu hari, Sabrina didatangi oleh seorang wanita misteri bernama Ramona (Raja Nor Baizura) dan dia sering terpukau dengan wanita itu yang kononnya pemilik salun kecantikan.rumahnya.

Remove ads

Pelakon

Utama

Pembantu

Penerbitan

Tajuk drama ini dinamakan sempena nama Ratu Anjasmoro berasal dari Keraton yang mengamalkan ilmu jahat menggunakan serapah dan makhluk halus. Menurut Aidilfitri Mohamad Yunos selaku pengarah, drama ini adalah metafora amalan ilmu Jawa kawi apabila seseorang itu terdesak kerana ia menceritakan tentang wanita yang menggunakan 'pendamping' untuk mengekalkan kecantikan dan menakluki suaminya. Si isteri sanggup merebus seluar pendek suaminya dan kemudian air rebusan itu dipuja sebelum diberikan kepada suami untuk diminum.[4]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads