Raja Noor Baizura

Peragawati dan pelakon Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Yang Mulia Raja Noor Baizura binti Yang Mulia Raja Shahar (lahir 1952 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai model, beliau mencipta nama dalam bidang perfileman pada era 80an.[1] Beliau pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-8 pada tahun 1989 menerusi filem Oh Fatimah.[2] Noor Baizura juga pernah menjayakan watak empat janda bersahabat baik; bersama Uji Rashid, Khatijah Tan dan Rozie Othman dalam sebuah slot Cerekarama TV3 berjudul Abang Muda sekitar tahun 1996.

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Raja Noor Baizura ialah anak sulung daripada 7 adik-beradik (Raja Aman shah, Shahar Shah, Arif Shah) dan merupakan bekas penuntut jurusan sebaran am di Institut Teknologi MARA (ITM; kini Universiti Teknologi MARA atau UiTM).[2][3]

Beliau berkahwin dengan diplomat, Syed Norulzaman Syed Kamarulzaman pada 1981[4] dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Mukhriz Shah. Pasangan ini bercerai pada 1988 dan sejak itu, beliau tidak pernah berkahwin lagi.[5]

Remove ads

Filemografi

Filem

Drama

Telefilem

  • Abang Muda (1996)
  • Sakura (2011)
  • Sumpah Anjasmoro (2011)
  • Asmara Beijing (2012)
  • Syurga Tanpa Dosa (2021)
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads