Melur Untuk Firdaus (musim 2)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Musim kedua Melur Untuk Firdaus,[1][2] juga dikenali sebagai Melur Untuk Firdaus 2 memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 16 Mac 2023 hingga 21 April 2023 menggantikan Ku Akad Kau Dengan Bismillah dan digantikan oleh Kerasnya Takdir. Ia dibintangi oleh Anna Jobling sebagai Melur dan Meerqeen sebagai Firdaus, bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Musim kedua drama ini memperlihat perkembangan watak dan hubungan Melur dan Firdaus sebagai pasangan suami isteri.[3][4]
Remove ads
Sinopsis
Musim baharu ini bermula dengan kisah rumah tangga Melur (Anna Jobling) dan Firdaus (Meerqeen) yang kini kembali bahagia. Kedua-dua mereka ingin mengukuhkan perhubungan mereka namun mereka sentiasa berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam mencari kebahagiaan. Tambahan pula, Firdaus terpaksa mengendalikan projek syarikat di luar bandar, menyebabkan dirinya sibuk dengan kerja dan banyak meluangkan masa dengan rakan sekerjanya Mawar (Eyka Farhana).
Melur teruja untuk mengembangkan kerjayanya dalam dunia penulisan buku kanak-kanak. Dalam usaha membuka syarikat penerbitan novel kanak-kanak, rakan kongsinya, Zackery (Azim Yusof) dalam diam menaruh hati kepada Melur.
Pada masa yang sama, Lili dan anaknya Damia kini hidup lebih tenang setelah suaminya Zain dipenjarakan. Namun, apabila Zain dibebaskan dari penjara, Lili mula rasa resah kerana trauma dengan perbuatan Zain memukulnya. Melur memujuk Lili supaya berdoa agar Zain insaf dan berubah perangai.
Mawar pula sebenarnya ingin bercuti ke luar negara tetapi ayahnya Tuan Idrus memaksa Mawar bekerja supaya bersedia untuk mengambil alih syarikatnya suatu hari nanti. Mawar enggan bekerja sehinggalah suatu hari secara kebetulan bertemu dengan Firdaus dalam situasi yang membuatkan hati Mawar bergelora. Peristiwa ini membuatkan Mawar terus bersemangat untuk bekerja.
Mampukah pasangan Melur dan Firdaus ini mengekalkan hubungan cinta mereka walau diuji dengan pelbagai rintangan?
Remove ads
Pelakon
Pelakon utama
- Anna Jobling sebagai Melur (Adriana Zulaikha)[1]
- Meerqeen sebagai Firdaus Iskandar[1]
- Eyka Farhana sebagai Mawar[1]
- Azim Yusof sebagai Zack (Zachery)[1]
Pelakon pembantu
- Fimie Don sebagai Haris Danial[1]
- Sabrina Sharleen sebagai Rania[1]
- Kuza sebagai Kamariah[1]
- Azhar Amir sebagai Kamaruzzaman[1]
- Haleeda Mazlin sebagai Rohana[1]
- Zainol Ismail sebagai Nasaruddin[1]
- Hani Nazrina sebagai Lily[1]
- Hairi Safwan sebagai Zain[1]
- Qaseh Qhairiena sebagai Damia[1]
- Taib Zamannuri sebagai Raikal[1]
- Tengku Tieya sebagai Nana[1]
- Islaily Zulaiha sebagai Julie
Remove ads
Episod
Remove ads
Penerbitan
Ia telah dihebahkan pada September 2022 bahawa Melur Untuk Firdaus akan kembali untuk musim kedua yang dijadualkan untuk tayangan awal 2023.[5][6] Portal XTRA melaporkan pada 3 Mac 2023 bahawa Eyka Farhana akan berlakon di samping Anna Jobling dan Meerqeen dalam musim kedua drama ini dengan melakonkan watak sebagai Mawar.[7]
Siaran
Melur Untuk Firdaus 2 memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 16 Mac 2023 menggantikan Ku Akad Kau Dengan Bismillah. Ia juga boleh ditonton melalui penstriman di Disney+ Hotstar.[8]
Runut bunyi
- "Pejam" - Rahmad Mega
- "Hanya You Dalam Kepala" - Alam Antido
- "Esok Masih Ada" - Hannah Delisha
- "L.O.V.E" - Syabil
- "Masih Ada Kamu" - Rahmad Mega
- "Sudah" - Nikki Palikat
- "Bicara Menanti" - Tika Nasir
- "Duka Sebalik Tawa" - Puteri Khareeza
- "Sebenarnya Cinta" - Nazzrey Johani & Ariff Bahran
- "Sayang" - Adrianna Cinta
- "Semi Realiti" - Tika Nasir
- "Cuma Kamu" - Amir Hasan
- "Menunggu" - Meerqeen
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads