Ariff Bahran
Penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari (Jawi: عارف بحران; lahir 15 Januari 1998) merupakan seorang penyanyi lelaki dan pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Beliau mula dikenali dalam kalangan peminat melalui single pertama beliau berjudul "Kata Akhirmu".
Single pertama beliau menjadi runut bunyi bagi drama Cinta Hati Batu (TV3) dan berjaya meraih lebih 15 juta tontonan di laman YouTube sehingga 30 Januari 2019. Ariff Bahran juga mempunyai lebih 200 ribu pengikut di laman Instagram. Bahran juga mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Bahranators yang sentiasa menjadi tulang belakang dan menyokong kerjaya seninya. Beliau juga paling dikenali sebagai salah seorang peserta Big Stage musim pertama di Astro Ria pada 2018.
Remove ads
Kerjaya
Ariff Bahran atau mesra disapa Bahran memulakan kerjaya sebagai penyanyi ketika berusia 16 tahun selepas menyertai sebuah pertandingan nyanyian berkumpulan, Pop Krew (TV9), rancangan realiti yang mempersembahkan bakat remaja-remaja versatil. Bahran menganggotai kumpulan BAEQ yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Bahran, Arill Fesol, Eizaz dan Que serta merupakan anak didik kepada penyanyi pop Malaysia, Stacy Anam dalam pertandingan itu.
Pada tahun 2018, beliau menyertai program nyanyian realiti terbaru Astro Ria iaitu Big Stage #DominasiBBNU. Beliau merupakan antara 10 artis baru yang lain dalam pertandingan itu. Namun, beliau tersingkir di separuh akhir dan gagal ke konsert akhir.[3]
Big Stage (musim 1)
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:
Remove ads
Kehidupan peribadi
Ariff Bahran dilahirkan dan dibesarkan di Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama. Bahran juga masih menuntut di International University of Malaya-Wales (IUMW) dalam jurusan seni.
Diskografi
Single
Filemografi
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads