Meerqeen
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam (Jawi: محمد شامر شوقاين صيفول ايزام; lahir 4 Jun 2001) atau lebih dikenali sebagai Meerqeen merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi lelaki Malaysia yang berasal dari Ampang, Selangor. Kerjayanya bermula apabila beliau dipilih sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2019/2020.[1][2][3] Meerqeen mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila beliau membawa watak Haqeem menerusi drama Angkara Cinta.[4][5]
Remove ads
Kerjaya
Meerqeen terpilih sebagai salah seorang daripada 15 peserta Hero Remaja 2019/2020 yang turut disertai oleh Nadhir Nasar dan berjaya memenangi tempat ketiga.[2][6][7] Penyertaannya dalam Hero Remaja pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarganya. Selepas tamat pertandingan itu, beliau menerima banyak tawaran pekerjaan termasuk bidang lakonan. Sebelum menyertai Hero Remaja, Meerqeen pernah menghadiri sesi ujibakat semasa menduduki Tingkatan 3, namun hanya menerima satu tawaran sahaja, iaitu membintangi sebuah iklan pada tahun 2017.[8][9]
Kerjaya lakonan Meerqeen bermula apabila beliau dipilih membintangi filem pertamanya, Kelaster arahan Razif Rashid yang ditayangkan di Astro First dengan memegang watak sebagai Usop. Meerqeen mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan menerusi drama sulung lakonannya, Angkara Cinta lakonan bersama Wanna Ali dan Hun Haqeem yang mana beliau memegang watak sebagai Haqeem.[10][11] Diadaptasi daripada drama Filipina, Tayong Dalawa terbitan ABS-CBN, Angkara Cinta mencapai kejayaan komersial sewaktu ditayangkan selama 115 episod sekaligus memperkenalkan nama Meerqeen kepada perhatian media dan peminat. Beliau kemudiannya berlakon di samping Janna Nick dan Dini Schatzmann menerusi drama adaptasi novel karya Suri Ryana, Marry Me Senorita dengan memegang watak sebagai Ammar. Ia turut dibintangi oleh juara Dewi Remaja 2019/2020, Shaza Bae.[2]
Beliau turut berkecimpung dalam bidang muzik dengan melancarkan single solo pertamanya, "Menunggu" yang dikeluarkan pada Oktober 2021.[12][13] Beliau paling dikenali menerusi gandingannya bersama Anna Jobling dalam Melur Untuk Firdaus yang disiarkan di TV3 sebanyak 2 musim.[14]
Remove ads
Inspirasi
Salah satu inspirasi beliau dalam bidang seni ialah ibu saudaranya, penyanyi terkenal Safura Ya'cob. Meerqeen mengakui banyak belajar daripada pengalaman dan meminta pandangan, selain berpegang kepada pesanan Safura untuk terus berusaha dan tidak meletakkan harapan tinggi dalam dunia hiburan.[15]
Dalam temu ramahnya bersama Berita Harian, Meerqeen mengatakan: "Saya mahu jadi seperti Hun Haqeem yang disebut-sebut namanya sekarang" sambil menjadikan pelakon senior Bront Palarae sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[10]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Meerqeen dilahirkan di Ampang, Selangor. Nama pentasnya ialah gabungan daripada nama sebenarnya, Shameer Shauqeen. Beliau ialah anak saudara kepada penyanyi era 1990-an, Safura Yaacob.[16] Meerqeen ialah pelajar jurusan insurans di Kolej Vokasional Gombak.[10]
Filemografi
Filem
Drama
Drama web
Telefilem
Videografi
Televisyen
Iklan
Remove ads
Diskografi
Single
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads