Menteri Besar Perak
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Menteri Besar Perak ialah orang yang bertanggungjawab mentadbir kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Mengikut Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, menteri besar mestilah merupakan seseorang daripada Melayu-Bumiputera untuk menjawat jawatan ini selama 5 tahun. Kecuali atas perkenan Sultan Perak untuk melantik seseorang daripada kalangan bukan Melayu-Bumiputera menjawat jawatan ini.
Menteri Besar terkini ialah Dato Seri Saarani Mohamad yang mengangkat sumpah pada 10 Disember 2020.
Remove ads
Senarai Menteri Besar
Berikut merupakan senarai Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak:[1]
Nota:
- * Kerajaan Perak yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat telah diambil alih oleh Barisan Nasional selepas 3 ADUNnya keluar parti dan menjadi ahli Bebas.
- ** Zambry Abdul Kadir dilantik oleh Sultan Perak menjadi Menteri Besar namun kemudian diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur[2]
- *** Zambry Abdul Kadir kekal de facto menjadi Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi KL dan kemudian disahkan sebagai Menteri Besar.
Remove ads
Kontroversi
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir disahkan sebagai Menteri Besar ke-11 setelah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan status memihak kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 11 Mei 2009 berjaya ditangguhkan dan kemudian Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir diputuskan sebagai menteri besar yang sah setelah mendengar rayuannya
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Negeri Perak sekali lagi mengalami kontroversi apabila Pakatan Harapan memenangi 29 kerusi DUN, Barisan Nasional 27 kerusi DUN dan PAS 3 kerusi DUN. Hal ini menyebabkan tiada parti mendapat majioriti mudah meskipun PH memenangi kerusi terbanyak. Kemudian, bekas Menteri Besar, Dato' Seri Diraja Zambry Abd Kadir yang juga pengerusi BN Perak, menghantar surat kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyatakan mendapat sokongan 30 ahli DUN, pada petangnya, wakil-wakil PH pula menghadap Sultan Perak. Baginda seterusnya menitahkan BN dan PH agar membawa semua ADUN yang menyatakan sokongan terhadap parti masing-masing pada keesokan harinya sebagai bukti. Namun akhirnya, dua ADUN dari BN telah melompat parti untuk menyokong PH menyebabkan PH mendapat majioriti mudah 31 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu. Sultan Perak memperkenankan Pengerusi PH, Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-12
Remove ads
Mantan Menteri Besar Perak yang masih hidup
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads