Mohd Halim Napi

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Mohd Halim Napi (lahir pada 11 Jun 1971 di Kota Bharu, Kelantan) ialah bekas pemain bola sepak Malaysia. Beliau bermain di posisi penjaga gol.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...
Remove ads

Kerjaya

Sepanjang penglibatannya dalam bola sepak, Halim banyak bermain dengan pasukan negeri iaitu Kelantan FA. Beliau juga pernah bermain dengan Negeri Sembilan FA dan kelab bola sepak tempatan iaitu JKR Kelantan.

Kontroversi

23 Jun 1994- Halim dan rakan sepasukannya, Zahasmi Ismail dikenakan penggantungan sehingga akhir musim selepas didapati bersalah menyerang pemain tengah Selangor, Zsolt Bucs, ketika pertemuan Selangor dan Kelantan dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Merdeka pada 18 Jun 1994.[1][2]

8 Ogos 1997 - Digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menyerang pengadil, S Selaarajan pada pertemuan Kelantan- Perak di lpoh pada 5 Ogos 1997.[3]

28 Ogos 1997- Jawatankuasa Rayuan FAM mengurangkan hukuman terhadap Halim kepada penggantungan setahun selain denda RM3,000.

23 Februari 1998 - Persatuan Bola sepak Kelantan mengemukakan rayuan pada Mesyuarat Kongres FAM untuk Halim menerima pembebasan awal dan rayuan itu berjaya apabila dia kembali beraksi pada 1 Jun 1998.[4][5]

5 Jun 2007- Halim menyaman Kafa atas dakwaan Kafa gagal memenuhi terma dan syarat kontrak yang ditandatangani 17 November 2006 hingga 31 Oktober 2007.

2008-Tidak beraksi dalam saingan Liga M.

Januari 2009 - dipanggil menyertai semula skuad Kelantan oleh jurulatih, Peter Butler.

12 Mac 2009 - Halim dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda RM1,000 kerana mengasari pemain lawan pada pertemuan Liga Super dengan Selangor di Stadium Shah Alam 28 Februari lalu.

7 April 2009 - Halim menyerang pemain Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak selepas pertemuan separuh akhir pertama Piala FA di Sultan Muhd ke-IV.[6][7]

Remove ads

Kejurulatihan

Selepas bersara, beliau menjadi jurulatih penjaga gol bagi pasukan Kelantan FA dan Kelantan United.

Pencapaian

Pasukan

Kelantan


°Layak ke Liga Super Malaysia 2009

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads