Mohd Razali Saari
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mohd Razali bin Saari merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Sungai Panjang sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan sebelum ini gabungan Gagasan Sejahtera (GS).
Remove ads
Kerjaya politik
Calon Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (2018)
Pilihan raya negeri Selangor 2018
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2018, Mohd Razali membuat penampilan sulung dalam pilihan raya apabila dicalonkan oleh GS untuk bertanding di kerusi negeri Sungai Panjang. Mohd Razali tewas kepada Mohd Imran Tamrin daripada Barisan Nasional (BN) dengan kekurangan undi sebanyak 3,531 undi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Mohd Razali telah dicalonkan oleh PN untuk bertanding semula di kerusi Sungai Panjang. Mohd Razali memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang bagi penggal pertama selepas menewaskan penyandang kerusi, Mohd Imran daripada BN dengan majoriti 3,576 undi.[1]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads