Moreh

jamuan minum pada bulan Ramadan selepas tarawih From Wikipedia, the free encyclopedia

Moreh
Remove ads

Moreh ialah istilah bagi tradisi masyarakat Melayu dan Muslim di Malaysia ketika bulan Ramadan.[1] Ia melibatkan penyediaan dan perkongsian makanan ringan seperti kuih-muih di masjid, surau, atau rumah, selepas selesai menunaikan solat Terawih.[2][3] Sesuai peredaran masa, moreh tidak hanya diadakan di masjid atau surau, tetapi di tempat-tempat lain yang boleh berkumpul dan makan.[4] Sebelum ini, makanan akan dibawa dari rumah untuk dikongsikan kepada jemaah. Namun kini, ia kebiasannya disediakan oleh perseorangan atau sekumpulan jasawan dalam masyarakat.[5] Tradisi ini turut berkembang ke masyarakat Muslim di Singapura.[6]

Remove ads

Penamaan

Perkataan moreh hanya sering digunakan sejak 30 tahun kebelakangan merentas Semenanjung Malaysia. Sebelumitu, di kebanyakan kawasan di semenanjung, tiada nama khusus diberikan kepada tradisi ini, tetapi amalan tradisi ini telah diamalkan oleh umat Islam dengan berkongsi makanan selepas solat terawih.[5] Istilah moreh tidak diketahui datang dari mana. Terdapat beberapa teori penamaan, antaranya: Teori pertama ialah ia merupakan gabungan kata Melayu dan Jawa, "makan atau mangan selepas terawih" yang membentuk istilah mareh. Teori kedua pula ialah ia juga dikatakan singkatan kepada seruan ke Terawih "moh teraweh" yang akhirnya dipendekkan kepada moreh. Walau bagaimanapun, teori kedua dianggap tidak tepat kerana perkataan moh biasanya digunakan di selatan Semenanjung, sedangkan istilah moreh dianggap masih baharu di kawasan itu.[7]

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak dapat meletakkan asal nama istilah ini. Ia juga tidak disenarai dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia walaupun terbitan tahun 2016 telah mengandungi 127,036 lema. Istilah moreh juga tidak digunakan dalam bahasa Arab, yang mana perkataan Melayu banyak diserap dari bahasa itu untuk istilah berkaitan Islam. Ia juga tidak diserap dari perkataan Parsi, Sanskrit, Turki, Tamil atau bahasa Austronesia lain seperti Banjar, Minangkabau, Bugis dan lain-lain perkataan serupa Melayu.[5]

Remove ads

Kesihatan

Moreh menyediakan sumber tenaga segera dalam bentuk karbohidrat, protein, dan lemak sihat. Ia membantu tubuh untuk pulih dengan cepat dan kekal bertenaga dan mengimbangkan semula diet dengan hidangan yang kaya dengan vitamin dan mineral. Pengambilan makanan ringan selepas solat tarawih turut meningkatkan metabolisme badan, membantu sistem penghadaman, dan menyokong pengawalan berat badan.[1] Namun, jika ia tidak dikawal dan diselia dengan cermat, moreh mungkin boleh menyebabkan beberapa keadaan kesihatan seperti menaikkan berat badan dan ketidakhadaman[8].

Remove ads

Isu semasa

Pecah rekod

Pada 22 Mei 2020, jenama susu Goodday Milk telah menganjurkan sebuah sesi moreh dalam talian dengan kehadiran 814 orang peserta dan telah mendapat pengiktirafan dalam buku rekod Malaysia sebagai sesi moreh dalam talian terbesar.[3]

Tarikan pelancong

Budaya moreh dianjurkan dalam bentuk program jualan gerai di Terengganu, Malaysia, dengan penganjuran Pesta Moreh Rhu Berderu. Pesta ini diadakan di Kampung Sura Tengah dengan memberi peluang kepada masyarakat luar dan dalam negeri untuk berkunjung memberi makanan di gerai yang dihias khas mengikut tema suasana kampung.[9]

  • Moreh, lagu mengenai tradisi ini, terbit pada 2014 oleh MonoloQue[10]

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads