Mohamed Nasir
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dato' Biji Sura Dato' Haji Mohamed bin Nasir (Jawi: داتوء بيجي سور داتوء حاج محمد بن ناصر) merupakan Menteri Besar Kelantan dari tahun 1973 hingga 1978.
Remove ads
Kehidupan
Beliau dilahirkan pada tahun 1916 di Kampung Kota, Kota Bharu. Neneknya Malin Padek berketurunan Sumatera Barat. Beliau telah dikurniakan seramai 16 orang cahayamata hasil perkongsian hidup bersama Cik Zainab binti Hj Ismail, Wan Mariam binti Wan Yusoff dan Nik Khamsiah binti Nik Mohamed. Beliau menuntut di Sekolah Majlis Agama Islam Kelantan, Royal English School, Kuala Krai dan Kolej Pertanian Serdang dengan mendapat Diploma of Agriculture pada tahun 1937. Beliau meneruskan pelajaran dengan menuntut ilmu al-Quran dan Hadis dari Maulana Ahmad Ali Lahore dan Maulana Mohamed Shah. Kemudian beliau mengepalai gerakan dakwah di seluruh Kelantan. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, beliau menyertai Pasukan Sukarelawan Kelantan untuk menentang tentera Jepun. Beliau menerima Bintang George VI dan Bintang Pasifik dari kerajaan British atas khidmatnya dalam pasukan tersebut. Kediaman beliau yang terletak di Kubang Bemban Pasir Mas masih tersergam indah dan banyak meninggalkan sejarah tersendiri.
Remove ads
Politik
Dalam tahun 1959, beliau mula berpolitik secara aktif dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Setelah memenangi Pilihanraya Umum 1974, beliau diberi mandat oleh Barisan Nasional untuk menerajui pentadbiran Kelantan sehinggalah beliau ditarik oleh Kerajaan Persekutuan untuk dilantik sebagai Senator dan seterusnya Menteri Tidak Berportfolio. Beliau merupakan menteri kabinet pimpinan kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu. Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak menjemput PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 Mei. Selain daripada memimpin Parti Berjasa, beliau juga cergas dalam khidmat sukarela seperti menjadi Presiden Perkim Kelantan, Presiden Bekas Perajurit Kelantan, Presiden JP Kelantan, Pengasas Sekolah Agama Balaghulmubin, Penaung Persatuan India Muslim Kelantan dan Pengasas Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan.[1][2][3]
Remove ads
Isu dan kontroversi
Akta Kemajuan Petroleum 1974
Pada tahun 1975, perjanjian telah ditandatangai antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas Kerajaan Kelantan diwakili oleh Menteri Besar, Mohamed Nasir dan Petronas diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA), kerajaan negeri akan mendapat royalti dalam bentuk tunai sebanyak 5 % manakala pihak kerajaan persekutuan Malaysia akan mendapat royalti 5%. Kerajaan Kelantan memberi hak kepada Petronas untuk melakukan kerja-kerja mencarigali minyak pertroleum yang berada di kawasan daratan dan juga di lautan. Pada tahun 2009-2010, royalti minyak Kelantan menjadi isu besar kerana kerajaan persekutuan hanya setuju membayar wang ihsan melalui JPP, bukan royalti yang berbentuk wang tunai.
Mageran Kelantan 1978
Oktober 1977 merupakan kemuncak ramai pemimpin PAS tidak setuju penyertaan PAS dalam Barisan Nasional. PAS menang 22 kerusi dan UMNO menang 13 kerusi. Mohd Asri bin Haji Muda adalah tokoh yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973. PAS kemudiannya telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir. Antara sebabnya ialah Datuk Muhammad Nasir adalah pilihan BN dan bukan kehendak parti PAS. Muhammad Nasir tumbang dan berlaku rusuhan di Kota Bharu. Pada November 1977 darurat kemudiannya diisytiharkan apabila penyokong Nasir mengadakan rusuhan. Kerajaan membuat keputusan menyingkirkan PAS dari BN. Datuk Muhammad Nasir pada tahun 1977 menubuhkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) setelah dipecat dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS mengusulkan nama baru untuk jawatan Menteri Besar. Cadangan PAS itu ditolak dan satu pilihan raya negeri dipanggil pada Mac 1978. Di dalam pilihan raya kecil Kelantan 1978, UMNO telah habis-habisan menggunakan isu pemberian kontrak balak sebagai bukti bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan. Keputusannya, PAS hanya tinggal 2 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tan Sri Mohamed Yaacob menjadi Menteri Besar Kelantan yang baharu (1978 - 1990).
Remove ads
Persaraan dan penulisan buku
Dalam menjalani usia persaraan beliau telah meluangkan banyak masa mengajar kelas agama di masjid-masjid sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas serta beliau juga aktif dalam bidang penulisan buku mengenai Islam, falsafah dan politik. Antaranya karya beliau adalah:
- Usul Lima
- Janji Dan Manusia ke Bulan Dari Kaca Mata Al- Quran
Meninggal Dunia
Beliau telah menghembus nafas terakhir di sisi beberapa ahli keluarganya di Melbourne, Australia pada hari Jumaat, 21 Februari 1997 jam 1.45 petang kerana sakit tua dan disemadikan di sana.
Anugerah dan pengiktirafan
Darjah dan gelaran kebesaran
Malaysia :
Johan Mangku Negara (J.M.N.) - 1974
Kelantan :
- Gelaran Kebesaran Negeri Dato' Bergelar - Dato' Biji Sura - 1963
- Jaksa Pendamai (J.P.) - 1964
Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi II) (DPMK) - Dato' - 1968
Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I) (SPMK) - Dato' - 1975
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
