Musa Wahab

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Allahyarham Dato' Mendika Menteri Akhirul Zaman Dato' Haji Musa bin Wahab (4 September 1937 di Kuala Klawang, Jelebu - 11 September 2014 di Seremban) ialah Undang Luak Jelebu ke-15, salah satu daripada luak di Negeri Sembilan, Malaysia.

Fakta Segera Undang Luak Jelebu, Tempoh ...

Beliau telah dipilih sebagai Undang pada 4 Februari 1980 dan ditabalkan pada 20 November 1981 mengikut adat istiadat luak. Beliau berasal dari keturunan Waris Sarin; salah satu daripada keturunan yang mewarisi jawatan Undang di Jelebu selain Waris Ulu Jelebu dan Waris Kemin.

Musa Wahab berkahwin dengan To' Puan Manoriah binti Ahmad Bidawi pada 30 September 1961, dan mempunyai tiga anak lelaki dan dua anak angkat perempuan. Beliau bekerja hampir sepanjang hayatnya sebagai guru, dan berkhidmat sebagai pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan, di Port Dickson dan kemudian di Sekolah Menengah Undang Jelebu, Kuala Klawang, Jelebu. Beliau bersara daripada mengajar pada 4 Februari 1980 iaitu hari Dato' Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari Othman bin Baginda ketika itu secara rasmi mengisytiharkan beliau sebagai Undang Luak Jelebu ke-15. Musa juga pernah terlibat secara aktif dalam politik sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.[1][2]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads