Mousai

From Wikipedia, the free encyclopedia

Mousai
Remove ads

Dalam kepercayaan dan mitologi masyarakat Yunani Purba, Mousai ( Yunani Purba: Μοῦσαι Moũsai; kata tunggal Mousa - bahasa Inggeris: Muses) merujuk kepada sekumpulan dewi yang dipercayai memberi ilham atau inspirasi dalam penghasilan kesusasteraan, sains dan seni. Mereka dianggap sebagai sumber pengetahuan yang terkandung dalam puisi, lagu lirik, dan mitos yang berkaitan secara lisan selama berabad-abad dalam budaya purba ini.

Thumb
Gambaran dewi Klio membaca skrol (pasu ditemui di lekythos, Boeotia, c. 430 SM)
Remove ads

Gambaran umum

Thumb
Lukisan menggambarkan dewi-dewi Mousa (The Dance of the Muses karya Joseph Paelinck, catan minyak pada kanvas, 1832)

Asal-usul

Menurut sajak Theogonía karya Hesiodos bertarikh abad ke-7 SM, dewi-dewi ini merupakan kelahiran Zeus, raja para dewa, dan Mnemosyne, titan ingatan. Penyajak-penyajak Alcman dan Mimnermus mencatat bahawa dewi-dewi ini kononnya berasal dari kelahiran Ouranos dan Gaia.

Ada yang menjelaskan asal-usul para dewi ini: mereka dikatakan merupakan kelahiran mata air yang muncul hasil hentakan seekor kuda semberani bernama Pegasus di Gunung Helikon, kawasan Pieria.[1][2] Athena, si dewi ketamadunan, kemudiannya menjinakkan kuda ini lalu mempersembahkan ia kepada dewi-dewi tersebut.

Para penulis klasik menetapkan Apollo sebagai pemimpin mereka dengan gelaran "Apollo, penghulu Mousa-Mousa" (Apollon Mousagetēs).[3]

Pemujaan

Para penulis akan dan peniru mereka menyeru nama para dewi ini dalam penulisan mereka baik yang ringan mahupun yang berat sebagai memohon ilham atau meminta mereka menyanyikan pujian ke atas para pengkarya ini sebagai restu.

Remove ads

Dewi-dewi utama

Para sejarawan sepakat di mana terdapat sembilan dewi Mousa yang diketahui dalam kepercayaan Yunani:

Maklumat lanjut Dewi, Bidang ...
Remove ads

Pengaruh

Para dewi ini sangat dikaitkan dengan seni halus sehingga begitu diterapkan dalam unsur budaya mereka; perkataan "muzium/museum" (daripada istilah museon - "tempat Mousa-Mousa disembah") dan "muzik/musik" sendirinya datang daripada hubungan dengan kepercayaan terhadap dewi-dewi ini.[4]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads