Nafsu (drama web)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Nafsu ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2024 arahan Sein Qudsi dengan skrip oleh Hadi M. Nor, Amar Amir, Amin Shakib, Zuli Ismail dan Azhar Amirulhisyam. Dibintangi oleh Aqasha, Kamal Adli, Azira Shafinaz, Nia Atasha dan Khayrisyah Kemal, siri ini memulakan tayangan perdana di platform penstriman Viu bermula 27 Jun 2024 sehingga 18 Julai 2024 dengan dua episod baharu ditayangkan setiap Khamis.[1][2][3]

Fakta Segera Genre, Berdasarkan daripada ...
Remove ads

Sinopsis

Di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur, Sam menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Mangsanya ialah mereka yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam dan dengan memgambil kesempatan, Sam mengaut duit mereka dengan penipuan dan ilusi murahan.

Sam juga mempunyai deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib, namun dia menolak kepercayaan itu kerana baginya ia merupakan satu sumpahan. Dina, bekas kekasih Sam, datang meminta bantuan mencari adik perempuannya yang hilang selepas mendengar suara ghaib, Sam cuba membantu Dina.

Kehilangan Alia hanyalah satu permulaan kepada suatu ancaman yang lebih besar, melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai seorang lelaki misteri penuh karisma bernama Gusti. Bersama Dina dan Suria, Sam bakal diduga dengan kejadian di luar jangkaan akal sementara bandar Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan.

Remove ads

Pelakon

Remove ads

Penerbitan

Nafsu diarahkan oleh Sein Qudsi yang sebelum ini mengarahkan Black dan Hilang untuk Viu Originals. Beliau turut berkhidmat sebagai penyunting cerita.[2]

Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Batu Caves di Selangor dan Janda Baik di Pahang selama 50 hari dari November sehingga Disember 2023.[2]

Ini merupakan drama Viu Originals kedua yang dibintangi oleh Aqasha selepas Devoted, juga yang kedua dibintangi oleh Kamal Adli selepas Black dan Azira Shafinaz selepas Ijab Kabut.

Keluaran

Nafsu memulakan tayangan perdana di Viu bermula 27 Jun 2024 dengan dua episod baharu disiarkan setiap Khamis.[1]

Menulis untuk portal Sensasi Selebriti, Budiey menulis: "Secara keseluruhan, Nafsu adalah satu penambahan yang sangat dialu-alukan dalam senarai Viu Originals. Dengan plot yang menarik, lakonan yang hebat, dan produksi yang berkualiti tinggi, siri ini pasti akan menarik minat penonton dan mendapat tempat di hati mereka".[5]

Remove ads

Catatan

  1. Untuk Infinitus Productions.
  2. Untuk KL Post.
  3. Untuk Viu.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads