Yusuf Bahrin
Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muhammad Yusuf Bahrin (lahir 8 Jun 1992) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seni lakonannya selepas memegang watak pembantu dalam beberapa drama seperti Calon Menantu Tuan Rumah, Sweet Dreams, Kau Yang Pertama, dan Satukan Rasa. Namun beliau paling dikenali menerusi watak sebagai Dr. Amar dalam drama Sweet Dreams bersama Ben Amir dan Mira Filzah.[1][2] serta watak Rahman dalam drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa bersama Kamal Adli dan Uqasha Senrose.
Beliau juga sering dikaitkan dengan pelakon Aeril Zafrel kerana wajah mereka yang agak seiras.[3]
Remove ads
Kehidupan awal dan kerjaya
Yusuf dilahirkan di Shah Alam, Selangor pada 8 Jun 1992. Beliau juga merupakan anak sulung dalam keluarga. Mempunyai dua orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Bapanya bernama Bahrin Tahir, manakala ibunya, Hanita Ajis. Sebelum terlibat dalam bidang lakonan, beliau berkecimpung dalam dunia perniagaan dengan mengusahakan kedai gunting rambut di Melaka selama dua tahun. Selain itu, beliau bekerja secara separuh masa sebagai jururunding kewangan.
Kerjaya lakonan beliau bermula dengan menjadi pelakon tambahan untuk beberapa drama dan telefilem termasuk Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya, Asam Pedas Cendol Sejoli, Calon Menantu Tuan Rumah, Abg Tinted Handbag Ajaib, 7 Netizen dan Kau Yang Pertama. Bakatnya mula mendapat perhatian sebagai pelakon drama bersiri arahan Michael Ang, Sweet Dreams sebagai Doktor Amar. Namanya terus melonjak naik dengan drama muzikal Satukan Rasa sebagai Shah, abang kandung Jai lakonan Khai Bahar yang sentiasa mendukung impian adiknya.
Penglibatannya bermula selepas rakannya yang terbabit dalam bidang ini memberi dorongan, selain keputusan tersebut disambut baik ahli keluarganya. Beliau bergelar artis naungan syarikat pengurusan, Laugh Out Loud (LOL) Entertainment menjadi salah satu artis yang diuruskan oleh Pengurus Artis terkenal, Afeeq Abdul Wahab atau Afeeq Ignacio. Afeeq juga merupakan pemilik syarikat LOL bersama Dafi Ismail Sabri. Antara artis yang bersama Yusuf sebagai artis naungan LOL adalah Janna Nick, Rozita Che Wan, Liza Hanim dan penyanyi dan Juara Big Stage 2 dari Korea Selatan, Han Byul.
Beliau kemudian muncul dalam drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis sebagai Khairyl. Didalam drama ini, beliau pertama kali membawa watak antagonis.Seterusnya bekerja dengan Hadith Omar buat kali kelima menjadikan beliau memegang watak utama dalam telefilem Hantu Ustazah Supiah disamping Farah Nabilah.Beliau kemudian sekali lagi menjadi watak utama dalam telefilem seram Anak Busut.Yusuf bergandingan lagi den bersama Wan Hanafi Su dan Azar Azmi. Selepas itu, beliau kembali bekerjasama dengan Hadith Omar dalam telefilem raya Misi Santan Kampung Semangkuk dengan Nina Juren, Aleza Shadan, Nadya Syahera dan Shasha Abedul.
Berbekalkan wajah seiras Aeril Zafrel, Yusuf mula mengusahakan perniagaan baju kurtanya sendiri yang bernama 'Lima Waktu'. Setelah lama berehat atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan, Yusuf memulakan kembali pengambaraan drama 28 episod arahan Michael Ang berjudul Perempuan Tanpa Dosa untuk slot Megadrama Astro Ria disamping Kamal Adli,Uqasha Senrose dan Uyaina Arshad . Yusuf bakal menjalani dua drama untuk saluran TV3.Yusuf sekali lagi digandingkan dengan Catriona Rose yang pernah membawa watak ibunya dalam drama Pengantin Lelaki untuk Cik Gadis dalam telemovie komedi untuk tayangan Astro Ria bersama juga dengan penyanyi,pelakon ,pelawak dan pengajar vokal dari Filipina ,Mark Adam.Telemovie ini ditayangkan pada Ahad, 27 Disember 2020 ,jam 10 malam,
Tidak dinafikan populariti peminat kelab Manchester United ini semakin mekar selepas memegang watak Rahman dalam drama Perempuan Tanpa Dosa(PTD) dan dibandingkan pula dengan hero drama yang merupakan Juara Hero Remaja 2007/2008 ,Juara Super Spontan 2017 dan rakan sedramanya,Kamal Adli .Yusuf bakal menjalani pengambaraan filem pertamanya dalam masa terdekat.Selain itu,Yusuf terus menjalani pengambaraan telemovie romantik seram selepas drama PTD bertajuk Bercinta Dengan Jin yang bergandingan dengan Uyaina Arshad dan Raja Shahiran.Telemovie berdasarkan kisah benar ini ditayangkan di Astro Citra pada 26 Disember 2020. Didalam telemovie ini,Yusuf menjadi roh/jin yang telah meninggal dunia pada tahun 1950an bernama Cikgu Haikal.
Yusuf juga bakal menjadi juri dalam satu program yang akan ditayangkan pada tahun 2021.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Yusuf telah menamatkan zaman bujangnya dengan penyanyi dan pelakon Zizi Kirana pada 19 September 2021.[4]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads