Najwa Latif

Penyanyi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Najwa Latif
Remove ads

Imratul Najwa binti Abdul Latif (Jawi: إمرة النجوى بنت عبد اللطيف)[1] (lahir 23 Mei 1995) merupakan seorang penyanyi, dan pencipta lagu wanita Malaysia. Beliau mulai terkenal menerusi lagu - lagu ciptaan beliau yang diletakkan dalam sebuah laman video, YouTube. Beliau mencipta kejutan pada Separuh Akhir Muzik Muzik 26 apabila lagu beliau, Cinta Muka Buku layak ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-26.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...

Beliau kini telah berjaya melahirkan sebuah mini album berjudul Najwa Latif[2]Sehingga Mac 2013, Najwa berjaya mengekalkan kedudukan konsisten dalam radar muzik Malaysia apabila kesemua single yang dikeluarkan sejak debut berjaya menduduki tangga pertama carta utama seperti Radio Era dan Radio Hot. Lagu beliau yang menjadi juara (mengikut turutan) adalah Cinta Muka Buku (Ogos-September 2011), Carta Hati (Februari - April 2012), Kosong (April-Jun 2012), Untuk Dia (Jun - Ogos 2012), Adamu (November 2012) dan Sahabat (Februari-Mac 2013). Lagu Untuk Dia dendangan bersama kumpulan Sleeq masih menjadi lagu Melayu paling banyak ditonton sehingga kini iaitu mencecah 20 juta tontonan. Pada tahun 2013, single terbarunya yang berjudul AdaMu telah dimuatkan dalam tema lagu drama Setia Hujung Nyawa.

Remove ads

Kerjaya

Najwa mula mempelajari bermain gitar pada tahun 2009 ketika berumur 14 tahun, dan kemudian menulis lagu untuk lagu bersama kakaknya Ika, yang menulis liriknya. Pada September 2010, Najwa mula memuat naik lagu saduran ke YouTube; yang pertama ialah lagu "Baby" nyayian Justin Bieber.[3] Pada Mac 2011, beliau telah menandatangani kontrak dengan NAR Records dan single rasmi pertamanya, "Cinta Muka Buku", dikeluarkan pada Julai 2011. Video sebelum siaran lagu dimuat naik ke YouTube. Menurut Najwa, single ini amat bermakna baginya, kerana ia menandakan langkah pertama dalam industri muzik Malaysia dan akhirnya memenuhi cita-cita menjadi penyanyi. Ia juga merupakan hadiah untuk peminatnya yang lama menanti-nantikan singlenya dan menunjukkan sokongan mereka kepadanya sebelum beliau menjadi penyanyi yang mantap. Video muzik rasmi "Cinta Muka Buku" menerima lebih dari 6 juta tontonan dalam lebih dari enam bulan, dan merupakan video muzik yang paling banyak ditonton di Malaysia. Juga, Najwa smenulis lirik dan menulis lagu dengan kakak sulungnya, Syafiqa Latif.[4]

Pada Mac 2013, penyanyi idola Cina, Wang Leehom (王力宏) telah menjemput Najwa menjadi tetamu khas di konsertnya di Genting Highlands, Pahang. Mereka menyanyikan lagu "All The Things You Don’ypt Know" (你不知道的事).

Pada tahun 2013, Najwa dilantik sebagai duta kempen Ramadan Colgate dan KidZania “Mari Beramal Bersama Colgate”. Kempen ini diadakan bagi mengumpul dana RM150,000 untuk 15 pusat anak yatim di Malaysia.[5]

Pada 20 November 2016, Najwa menerima Anugerah Komposer Muda Berpotensi di Anugerah Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Damansara.[6][7]

Selain menjadi penyanyi, Najwa ialah salah seorang pensyarah di UNITAR.[8][9]

Pada 22 Mac 2018, Najwa melancarkan single terbarunya bertajuk "Jauh".[10]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Najwa ialah anak ketiga daripada empat beradik, lahir dan membesar di Temenggong, Batu Pahat, Johor.[11] Seluruh ahli keluarganya berkecimpung dalam bidang muzik.

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor.[12]

Mendapat 4A daripada sembilan mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, Najwa merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim bagaimanapun tidak hadir bagi mengambil slip keputusan itu. Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti.

Najwa merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR).[13]

Beliau juga merupakan pemegang sarjana dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Malaya.[14]

Najwa telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Akwa Arifin pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.

Remove ads

Kontrovesi

Pada 10 Oktober 2012, Abdul Latif Ismail, bapa Najwa sendiri telah menghubungi Berita Harian dan mendakwa dia telah diabaikan termasuk mengeluarkan kenyataan ".....“Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka!.....".[15] Ketika diwawancara kemudiannya, Najwa menjelaskan bahawa ibu dan bapanya memang sudah bercerai tetapi enggan mengulas lebih lanjut dengan alasan mengelak jaja kisah peribadi. [16]

Diskografi

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads