Setia Hujung Nyawa

From Wikipedia, the free encyclopedia

Setia Hujung Nyawa
Remove ads

Setia Hujung Nyawa merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2012 arahan Amie Maziah Abdul Rahman terbitan Suhan Movies & Trading, diadaptasi dari novel 2011 dengan tajuk sama karya Fatin Nabila terbitan Alaf 21. Dibintangi oleh Nelydia Senrose sebagai Ersalina dan Amar Asyraf sebagai Zain Hakimi.[1] Drama ini disiarkan di Slot Akasia TV3 bermula 24 Disember 2012 dan berakhir pada 7 Februari 2013.[2] Sebuah telefilem khas drama ini, Setia Hujung Nyawa Raya memulakan tayangan perdana pada Hari Raya Aidilfitri 2013.[3]

Fakta Segera Genre, Berdasarkan daripada ...

Siri ini boleh didiapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan kehidupan Zain (Amar Asyraf) yang berubah dalam sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci masyarakat, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina (Nelydia Senrose) yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.

Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi percintaan Zain dan Ersalina?

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Remove ads

Sambutan

Setia Hujung Nyawa mencipta rekod tersendiri dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 3.5 juta penonton semasa episod akhirnya disiarkan pada 8 Februari 2013 dan mencatat 58 peratus daripada jumlah tontonan keseluruhan di stesen televisyen di Malaysia.[5] Jumlah tontonan kemudiannya meningkat kepada 4 juta penonton.[6]

Adaptasi telefilem

Sebuah telefilem khas adaptasi drama ini, Setia Hujung Nyawa Raya memulakan tayangan perdana pada Hari Raya pertama. Amar dan Nelydia kembali menjayakan peranan mereka.[3]

Muzik dan runut bunyi

  • "AdaMu" - Najwa Latif
  • "Setia Hujung Nyawa" - Fiq ft. Gjie & Mel
  • "Maafkan Aku" - Last Minute
  • "Mata Hati" - Nubhan
  • "Sastera Si Kupu-Kupu" - Mimie Haris

Anugerah

Setia Hujung Nyawa menerima pencalonan bagi kategori Anugerah Khas Juri di Anugerah Skrin 2013, namun gagal tercalon bagi kategori Drama Rantaian Terbaik.

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads