Namul

From Wikipedia, the free encyclopedia

Namul
Remove ads

Namul ialah istilah umum bagi hidangan sayur-sayuran yang diperisakan di Korea. Nama hidangan ini mungkin berbeza sedikit bergantung kepada sayur-sayuran yang digunakan dan bagaimana ia disediakan, tetapi tetap sejenis namul.[1]

Fakta Segera Nama Korea, Hangul ...

Hampir apa-apa jenis sayur-sayuran atau herba boleh digunakan, dan ini termasuk akar, daun, batang, biji, pucuk, kelopak dan buah-buahan. Ia boleh disediakan sebagai sejenis namul, atau boleh dicampurkan. Walaupun sebahagian besar sayur-sayuran ini dicelur sebelum diperisakan, kaedah penyediaan juga boleh berubah-ubah; ia boleh disajikan segar, atau rebus, goreng, tumis, peram, kering atau kukus. Perasa juga boleh berubah-ubah. Namul boleh diperisa dengan garam, cuka, minyak bijan, dan juga gochujang (pes lada merah Korea). Namul biasanya disajikan sebagai banchan (hidangan sampingan mengiringi hidangan utama). Adalah mungkin untuk mempunyai lebih daripada satu jenis namul disajikan sebagai sepiring banchan.[2]

Beberapa contoh namul termasuk chwinamul (tumbuh-tumbuhan berdaun liar), hobak namul (dibuat daripada hobak, skuasy Korea dengan kulit hijau dan isi jingga), shigeumchi (bayam) dan kongnamul (tauge kacang soya).

Remove ads

Kepelbagaian

Maklumat lanjut Name, Nama Korea ...
Remove ads

Galeri

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads