Chwinamul

From Wikipedia, the free encyclopedia

Chwinamul
Remove ads

Chwinamul (juga dieja chuinamul atau chinamul) ialah sayur daun Korea. Ia mengandungi pelbagai spesis tumbuhan berbunga liar, termasuk Aster scaber. Terdapat lebih kurang 24 jenis yang boleh dimakan boleh dijumpai di pergunungan. Daunnya mempunyai bauan yang tersendiri dan pengambilannya dipercayai menyihatkan kerana mengandungi protein, kalsium, vitamin B1·B2, niasin, dan zat besi. Ia sering digoreng tumis sehingga layu dan dihidang sebagai banchan (hidangan sampingan atau lauk), termasuk dalam makanan seperti bibimbap, dan juga berguna untuk tujuan perubatan.[1]

Fakta Segera Nama Korea, Hangul ...
Remove ads

Kapelbagaian

  • Chamchwi (참취): Jenis yang paling biasa, tunasnya yang muda dimakan.[2]
  • Gaemichwi (개미취): Tunas mudanya dimakan, batang dan akar dijadikan ubat tradisional.[3]
  • Gaksichwi (각시취): Tunas mudanya dimakan.[4]
  • Miyeokchwi (미역취): Tunas mudanya dimakan, keseluruhan pokok dijadikan ubat tradisional.[5]
  • Gomchwi (곰취): Pucuk daunnya dimakan, akarnya dijadikan ubat tradisional.[6]

Makanan dengan chwinamul

  • Chwinamul bokkeum (취나물 볶음) : Makanan bokkeum goreng kilas. Diperisakan dengan ganjang, hirisan daun bawang, bawang putih kisar, gula, minyak bijan, bijan dan lada.[7]
  • Chwinamul kimchi (취나물 김치) : Kimchi daripada chwinamul.[8]
  • Sanchaejeon (산채전) : Jeon daripada chwinamul, akar bunga balon, dan gobi.[9]
  • Insam chwinamul (인삼 취나물): Chwinamul bercampur ginseng rebus separa masak.[10]
  • Gomchwi jangajji (곰취 장아찌): Jangajji dibuat daripada gomchwi.[11]
  • Chwissam (취쌈): Ssam chwinamul. Daging babi kisar, akar bunga balon, cili hijau, paku pakis dan lobak merah dibalut dalam daun chwinamul dan diikat dengan daun kucai liar.[12]
  • Chwitteok (취떡): Tteok leper daripada chwinamul dan disapu minyak bijan.[13]
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads