Sungai Mississippi

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sungai Mississippi
Remove ads

Nama Sungai Mississippi berasal dari bahasa Ojibwe lama iaitu 'misi-ziibi' yang bermaksud 'sungai besar'. Sungai ini adalah sungai kedua terpanjang di benua Amerika Utara. Panjangnya 3733 km dari Tasik Itasca ke Teluk Mexico.

Fakta Segera Country, States ...

Sungai cawangan terpanjang Sungai Mississippi ialah Sungai Missouri, manakala Sungai Arkansas kedua terpanjang. Jika mengikut isipadu air pula, Sungai Ohio ialah cawangan Sungai Mississippi yang terbesar.

Remove ads

Geografi

Mengalir dari Tasik Itasca yang terletak pada aras 450 meter dari aras laut, di Taman Negeri Itasca terletak di Clearwater County, Minnesota. Sebelum air terjun St. Anthony di Minneapolis, tingginya 802 kaki dan menjadi 220 m selepas air terjun itu. Sungai Mississippi bertemu dengan Sungai Minnesota di Minneapolis, Minnesota, Sungai Wisconsin di Prairie du Chien, Wisconsin, SungaiIllinois dan Sungai Missouri River dekat St. Louis, Missouri, dan Sungai Ohio River di Cairo, Illinois. Sungai Arkansas bertemu dengan Sungai Mississippi di negeri Arkansas. Sungai Atchafalaya bertemu di Louisiana.

Sungai Mississippi mengalir antara kawasan Pergunungan Rocky dengan Gunung Appalachian.

Remove ads

Cawangan sungai

Anak sungai utama ialah :

  • Sungai Big Black di Mississippi
  • Sungai Yazoo di Mississippi
  • Sungai Red di Louisiana
  • Sungai White di Arkansas
  • Sungai Arkansas di Arkansas
  • Sungai Ohio di Kentucky
  • Sungai Big Muddy di Illinois
  • Sungai Kaskaskia di Illinois
  • Sungai Missouri di Missouri
  • Sungai Illinois di Illinois
  • Sungai Des Moines di Iowa
  • Sungai Skunk di Iowa
  • Sungai Rock di Illinois
  • Sungai Maquoketa di Iowa
  • Sungai Wisconsin di Wisconsin
  • Sungai Chippewa di Wisconsin
  • Sungai St. Croix di Wisconsin
  • Sungai Minnesota di Minnesota
Remove ads

Bandar di sepanjang sungai

Thumb
Sungai Mississippi melalui bandar berkembar Minneapolis dan Saint Paul, Minnesota

Jambatan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads