Nikah, Cerai, Rujuk

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Nikah, Cerai, Rujuk ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2022. Dibintangi oleh Halim Radzi, Shaza Bae, Dynas Mokhtar, Eizlan Yusof, Noorkhiriah dan Zarul Umbrella. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 26 Disember 2022[1] menggantikan Sepi Tanpa Cinta.

Fakta Segera Genre, Pengarah ...
Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan dugaan alam perkahwinan tiga pasangan - Dr. Alia (Dynas Mokhtar) dan Hisyam (Eizlan Yusof), Hanna (Shaza Bae) dan Adam (Halim Radzi) serta Sumaiyyah (Noorkhiriah) dan Azlan (Zarul Umbrella).

Sumaiyyah, seorang suri rumah yang menjaga suami dan seorang anak, di mata kawan-kawannya, seorang ibu dan isteri yang sempurna, hakikatnya berhadapan dengan kisah kecurangan suaminya, Azlan yang jelas terlihat sehingga Sumaiyyah menjadi lali dengan kelakuannya.

Hanna Zulaikha dan Adam Hafiz merupakan pasangan bahagia di mata kasar orang sekeliling, walaupun hakikatnya tidak kerana Hanna mempunyai seorang ibu mertua yang mengongkong anaknya dan keluarga Adam juga tidak menyukai Hanna.

Hanna dan Sumaiyyah akhirnya bertemu dengan seorang kaunselor iaitu Dr. Alia yang sering dijadikan contoh kepada pasangan muda yang baru berkahwin. Namun apa yang orang lain tidak tahu, Dr. Alia juga sedang berhadapan dengan masalah bersama suaminya, Hisyam.

Dr. Alia mendapat tahu dia dimadukan tanpa pengetahuan selepas 20 tahun berkahwin. Dimadukan dengan Fatin, iaitu salah seorang pekerja di syarikat Hisyam, tetapi Dr. Alia mengambil keputusan untuk berpura-pura seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Remove ads

Pelakon

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads