Zairulkefli Husin

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Zairulkefli Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella (lahir 13 November 1973) merupakan vokalis kumpulan Umbrella sehingga tahun 1997 (Kini kembali bersama Kumpulan Umbrella dengan Single Terbaru HILANG).[1] Beliau juga merupakan pemenang tempat ketiga rancangan Gegar Vaganza 2016 terbitan ASTRO.[2] Beliau telah melepaskan jawatan sebagai pramugara di Malaysia Airlines setelah berkhidmat selama 17 tahun.[3] The Zarulians dan Zarulian High Flyers (yang ditubuhkan oleh salah seorang rakan seperjuangan ketika beliau bertugas sebagai pramugara) ialah dua nama kelab peminat beliau yang rasmi. Beliau juga merupakan bekas pembantu tadbir di Majlis Bandaraya Diraja Klang dan beliau juga menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang dimana tempat beliau bekerja ketika itu yang membuka jalan kepada beliau menjadi penyanyi yang ketika pertandingan tersebut di adili oleh komposer terkenal Saari Amri.

Fakta Segera Zarul Umbrella, Kelahiran ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau telah mendirikan rumahtangga buat kali yang kedua pada 26 April 2009 bersama pasangannya, Intan Nur Fathihah, dan mempunyai seorang anak perempuan, Puteri Ayu Nur Arisya, 21, hasil daripada perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri, Ayu.[4]

Kerjaya

Beliau telah mengalami kecederaan yg serius sewaktu pengambaran drama Cekelat Honey. Ketika beliau sedang melakonkan babak dengan motosikal yang tidak bergerak dan secara tiba-tiba, motosikal berkenaan terjatuh dan kakinya terpelecok lalu menyebabkan tulang jari kelingking kaki kanannya retak. Meskipun kecederaannya yang agak serius, beliau masih meneruskan pengambaran drama tersebut seperti biasa. Selain itu, beliau juga merupakan pasangan duet kepada Hetty Sarlene di konsert Gegar Vaganza (musim 5) di minggu yang sama beliau mengalami kecederaan tersebut namun itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memberikan persembahan yang terbaik pada konsert minggu yang ke-4 itu.[5][6][7]

Selain bergiat aktif dalam bidang nyayian dan lakonan, Zarul juga aktif sebagai seorang YouTube Vloger (ZARUL UMBRELLA) yang kini mempunyai hampir 150 ribu Subcribers.Zarul juga telah berjinak jinak dalam bidang perniagaan (Produk Sambal Aichik) & (PICTUS By Zarul Husin):Layari IG untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk tersebut.

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama web

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rancangan realiti

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Diskografi

Album

  • Ramalanku Benar Belaka
  • Bukalah Hatimu
  • Cuci Tangan
  • Sayang Bersebab
  • Penyesalan (OST Kerat 14)
  • Ramalanku Benar Belaka (2013)
  • Satu Rasa feat. Marsha Milan Londoh (2014)
  • Jangan Pernah (2016)
  • Remuk (2018)
  • Hilang (2020)

Anugerah dan pencalonan

  • Anugerah Industri Muzik 1996 - Top 5 Artis Baru Terbaik Berkumpulan Kumpulan Umbrella
  • Anugerah Juara Lagu 1996 - Separuh Akhir Kategori Pop Rock menerusi lagu Bukalah Hatimu Kumpulan Umbrella
  • Pemenang Favourite Celebrity Blog 2013 anjuran Malaysia Social Media Week.
  • Tempat ke-3 Gegar Vaganza Musim Ketiga 2016
  • Penerima The Silver Play Button dari Pihak YouTube (mempunyai 100,000 subscribers keatas) pada tahun 2020
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads