Onomatopoeia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Onomatopoeia (dari Yunani: ονοματοποιία[1] lakuran όνομα onoma = nama[2] dan ποιέω poieō, = "saya buat/lakukan"[3] yakni "saya mencipta nama"), keratabahasa[4] atau bunyi ajukan[5] adalah perkataan menggambarkan objek sasaran daripada bunyi dihasilkan yang didengarinya. Perkataan ini boleh didapati sebagai kata nama (contohnya nama haiwan seperti "ruak-ruak", "hudhud") atau kata kerja (contoh: dering, debar, kicau, ciap, cebur, Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak...).
Remove ads
Gambaran umum
William George Maxwell dan kemudiannya Richard James Wilkinson menghujahkan bahawa ada beberapa rangkaian kosa kata dalam bahasa Melayu yang boleh ditentukan seikat makna tersirat melalui persamaan suku kata, antaranya:[6]
- buah, buntal, buli, bunting seciri maksud tersirat bermuka melentur lengkung dengan suku kata bu-
- kata-kata berhujung bunyi sengauan velar (diwakili ڠ ng) menunjukkan kesan maksud tersirat diinderakan berkala lebih terpanjang atau berterusan seperti panjang, pandang, gong, gantung, gemilang dan sebagainya, lawannya yang diinderakan bersifat buntu atau terkerat berhujung bunyi hentian glotis (diwakili ق -k) seperti dalam kata-kata lekuk, cangkuk dan sebagainya.
Remove ads
Penerapan lanjut
Ia banyak diterapkan dalam karya seni jenis komik untuk menggambarkan kesan bunyi persekitaran latar cerita; teknik ini dipelopori pekomik Amerika Syarikat Roy Crane semasa mengkaryakan siri komik Washington Tubbs pada tahun 1924.[7] Dengan menggunakan prinsip kontras fonemik, vokal [i] bahasa Melayu, berbanding dengan vokal [a], mencerminkan makna kecil dan lemah dalam perkataan seperti berikut: puteri vs. putera; bendahari vs. bendahara; sini vs. sana; angkit vs. angkat; angkit vs. angkut; lekit vs. lekat; bengkik vs. bengkak; hanyir vs. hanyur; pancit vs. pancut dan sebagainya.[[./Https://sealang.net/sala/archives/pdf8/sew1996symbolisation.pdf 8]] Kajian awal ini merupakan kajian keratabahasa vokal bahasa Melayu yang diusahakan oleh Jyh Wee Sew demi mencari kesinambungan makna [i] sebagai penanda makna kecil atau lemah yang telah dipelopori oleh Edward Sapir dalam bahasa Eropah.[9]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads