Paus buding

spesies mamalia From Wikipedia, the free encyclopedia

Paus buding
Remove ads

Paus buding (nama saintifik: Orcinus orca)[5][6] ialah spesies mamalia laut jenis lumba-lumba[7] dalam keluarga Delphinidae.[8] Ia spesies lelumba yang terbesar dan mampu membesar sepanjang 18 meter dan beratnya hampir 8 tan.

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...

Spesies ini dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang dikuatkuasakan di negeri Sabah.[6]

Remove ads

Penamaan

Nama paus buding (Jawi: ڤاؤس بوديڠ) digunakan di Sabah.[5][6]

Ciri-ciri

Ikan yang jantan berukuran antara 6–8 meter panjang dengan berat timbangan lebih 6 tan metrik. Ikan betina lebih kecil antara 5–7 m dengan berat kira-kira 3–4 tan metrik.[9] Anak yang baru lahir mempunyai berat timbangan kira-kira 180 kg dengan panjang 2.4 m.[10][11]

Suhu badan purata ikan paus ini antara 36–38 °C.[12][13] Ia mempunyai lapisan lemak tebal 7.6—10 sm bawah kulitnya menebatkan haba seperti banyak mamalia laut lain.[12]

Remove ads

Tabiat

Pemakanan

Paus ini makan ikan paus lain, sotong, ikan, gajah laut dan anjing laut. Puratanya, seekor paus buding makan sebanyak 227 kg makanan setiap hari.[14]

Ia pemangsa puncak. Ia memburu dalam kawanan besar seperti kawanan serigala.[15]

Hubungan dengan manusia

Orang Barat takut paus ini yang dilihat sebagai pemangsa berbahaya dan buas[16] selepas kelasi-kelasi menyaksikan haiwan ini memburu setasea yang lebih besar.[7][15] Gambaran bertulis pertama paus ini diberikan oleh Plinius yang Tua sekitar tahun 70 Masihi yang menyatakan, "Orca (penampakannya tidak dapat digambarkan, selain daripada sebuah jisim daging bergigi yang buas) merupakan musuh [jenis-jenis ikan paus lain]... menyerang dan menusuk seperti kapal-kapal perang yang berlanggar."[17] Paus buding yang dikurung dalam taman hidupan laut lebih berbahaya dan menyerang manusia daripada paus buding yang berenang di habitat liarnya, sebanyak 24 kes serangan paus buding dalam kurungan yang berlaku sejak 1970-an.[18]

Nelayan-nelayan yang memburu ikan paus di barat laut Amerika Utara dan Iceland menganggap paus buding sebagai pengacau[16] kerana mencari-cari makanan dalam bangkai-bangkai ikan yang diburu mereka.[19]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads