Mr. Os
Pelakon, penyanyi, pelawak dan pengacara Malaysia (1961-2016) From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mohd Yusof bin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr. Os (Jawi: محمد يوسف بن عبدالحميد 5 April 1961 – 8 April 2016) ialah seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, penulis dan pengacara Malaysia. Beliau dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak.
Remove ads
Kerjaya
Mohd Yusuf memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung. Pada tahun kemudiannya, iaitu tahun 1987, beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr. Os. Ketika zaman kemuncaknya, beliau sering digandingkan dengan pelawak Sheila Rusly, Salih Yaacob dan Aziz Sattar. Dalam tahun 1988, beliau bersama-sama Hussein Abu Hassan, Puteri Salbiah dan Latif Ibrahim telah membintangi sebuah filem seram Indonesia bertajuk Bisikan Arwah. Didalam filem ini Mohd Yusuf memegang watak sebagai Parta; seorang pemuda kampung yang telah dibunuh beramai-ramai dan kemudianya kembali menjelma untuk membalas dendam. Adalah difahamkan bahawa Bisikan Arwah adalah lakonan pertama dan terakhir beliau dalam filem seram. Pada tahun 1990, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi lakonan berkesannya sebagai pemuda autisme dalam filem Adik. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem Mr. Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah (1997).
Selepas filem terakhirnya pada 1997, Mohd Yusuf menyepi dari bidang perfileman dan bekerja sebagai seorang pengusaha perkhidmatan teksi.[1] Pada tahun 2009, beliau kembali ke persada seni Malaysia sebagai pengacara untuk rancangan televisyen TV9, Apa Ke Halnya?.[2]
Beliau pernah menguruskan perniagaan chalet yang dinamakan Chalet D’ Kampung Mr Os terletak di Kampung Kota Lama Kanan, empat kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar. Chalet tersebut menawarkan pelbagai chalet pilihan dalam suasana kampung.[3]
Johan Maharaja Lawak Mega
Os dan Abon membentuk kumpulan Osbon dan menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Pada peringkat akhir peserta dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.[4][5]
Selang beberapa hari dari itu, Mr. Os telah bertemu MARIONEXXES untuk berbincang membuat muzikomedi bagi lagu baru seperti laporan Oh Bulan. Lagu itu diberi judul Oh Kome yang menyambung kesinambungan lagu hits beliau, Deghoyan Dah Berbunge.
Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
- Kedua ialah kumpulan "Boboi" (gandingan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi
- Ketiga ialah kumpulan "Saehu" daripada Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.
- Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Remove ads
Kematian
Mr. Os meninggal dunia pada hari Jumaat 8 April 2016 pada usia 55 tahun di Hospital Selayang. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 3 petang setelah mengadu sakit akibat kanser yang dihidapinya. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Sri Gombak.[6] Beliau meninggalkan dua balu dan tujuh anak.[7]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Peserta
Diskografi
Anugerah dan pencalonan
- Festival Filem Malaysia ke-7 (1987)—Pelakon Komedi Terbaik[8]
- Festival Filem Malaysia ke-13 (1997)—Pelakon Komedi Terbaik[9]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads