Sheila Rusly

Pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Sheila Rusly (lahir 18 September 1971) merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit Malaysia. Memiliki darah campuran Melayu-Minangkabau (bapa) dan Cina (ibu) beliau mula bergiat aktif di persada seni sejak 1986 ketika berusia 16 tahun.[1][2]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Kerjaya

Ketika awal kemunculan beliau,[3] Sheila banyak berlakon di bawah arahan pelawak terkenal A. R. Badul. Bakat komedinya dicungkil Badul hingga menjadi pelawak wanita paling popular di Malaysia.

Biarpun telah lama berlakon, populariti Sheila mula mendadak naik setelah muncul dalam trilogi Enot pada tahun 2002. Lakonan beliau yang bersahaja meletakkan beliau sebagai salah seorang aktres komedi paling berpengaruh. Sheila juga dikatakan sebagai pelawak wanita pertama Malaysia yang berjaya menjadi penghias kulit depan majalah fesyen.

Biarpun kesemua filem lakonan beliau bergenre komedi, Sheila juga aktif di kaca TV menerusi watak drama. Antara lakonan beliau yang disebut-sebut adalah menerusi watak banduan wanita dalam drama Sebuah Ijtihad dan Cinta Si Penggali Kubur (wanita rosak akhlak).

Di layar perak, Sheila diingati menerusi watak komedinya dalam filem MX3 yang menggandingkan beliau dengan pelawak Saiful Apek. Gandingan Sheila dan Saiful meledakkan panggung dan dikenang sebagai pasangan pelawak paling hebat dalam filem Melayu. Menerusi filem tersebut juga Sheila merangkul anugerah Pelakon Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17. Manakala menerusi filem Pontianak Menjerit (2005), beliau menerima nominasi sebagai Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu di Festival Filem Malaysia ke-18. Sheila juga mencuri tumpuan apabila bergandingan bersama Afdlin Shauki dalam filem Diva Popular.

Sheila kini aktif sebagai penerbit dan banyak menerbitkan drama-drama bermutu untuk siaran televisyen tempatan. Menerusi drama Sebuah Ijtihad, produksi Sheila berjaya merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2007.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Dari 1991 sehingga 1993, Sheila merupakan penuntut jurusan Sosiologi di Universiti Malaya (UM), namun tidak memperolehi ijazah dan berhenti belajar di universiti itu kerana mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan.[perlu rujukan]

Sheila dan suami Azman "Jinggo" Yahya berkahwin pada 1995 dan dikurniakan dua anak lelaki–Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.[perlu rujukan]

Anak sulungnya, Uzair Haqimy berkahwin dengan pelakon, Elisya Sandha.

Beliau menjalani pembedahan membuang ketumbuhan Fibroid Uterus, pada Ogos 2016 di sebuah pusat perubatan swasta. Ketumbuhan itu dikesan sebelum beliau pergi menunaikan ibadah umrah pada 13 Jun.[4]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Tahun ...
Maklumat lanjut Festival Filem Malaysia, Tahun ...
Maklumat lanjut Anugerah Skrin, Tahun ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads