Wan Azizah Wan Ismail
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dato' Seri Dr. Hajah Wan Azizah binti Dato' Dr. Wan Ismail (Jawi: وان عزيزه بنت وان اسماعيل; lahir 3 Disember 1952) merupakan ahli politik dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia dan juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat.[1] Beliau juga pernah menjadi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hingga tahun 2020 dan kini merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak , selepas senarai Kabinet telah diumumkan oleh Perdana Menteri yang baru dilantik, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan politik tertinggi di Malaysia. Di peringkat parti, beliau ialah Presiden Pakatan Harapan.
Wan Azizah sebelum ini juga pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dari tahun 1999 hingga 2008 dan merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dari Mac 2008 hingga 31 Julai 2008, dan kemudiannya dari Mei 2015 hingga Mei 2018, sebelum beliau mengosongkan kedua-dua jawatan tersebut mempercepatkan kepulangan suaminya Anwar Ibrahim ke pejabat politik.
Remove ads
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura,[2] yang ketika itu masih sebahagian daripada Malaya (kini Semenanjung Malaysia). Yang Amat Berhormat Dato' Seri (Datin Seri DiRaja) Dr. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Nicholas Convent, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban.[3] Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang doktor perubatan. Di universiti, beliau menerima anugerah Pingat Emas MacNoughton-Jones.
Sekembalinya beliau ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjayanya pada 1993 apabila suaminya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.[4][5]
Remove ads
Keluarga
Beliau (sewaktu berumur 23 tahun) berkahwin dengan Anwar Ibrahim (sewaktu berumur 28 tahun) dan bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur.[6] Sejak 1973 lagi, perkenalan mereka menerusi sekeping gambar Anwar yang ketika itu telah menjadi Presiden ABIM. Pertemuan diatur oleh sahabat mereka pada 1979, ketika Revolusi Iran sedang memuncak. Pertemuan pertama mereka di kantin HBKL dan berakhir di jinjang pelamin pada 26 Februari 1980. Mulanya tidak begitu direstui oleh bapanya Wan Ismail tetapi selepas mendapat anak pertama, hubungan kekeluargaan semakin akrab.[7]
Bapanya, Dato' Dr. Wan Ismail Wan Mahmood berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai, Pulau Pinang. Bapanya menjadi pegawai kerajaan selama 30 tahun dan terakhir di Majlis Keselamatan Negara dengan tumpuan kepada pengganas komunis. Wan Ismail berkahwin dengan Datin Mariah Khamis seorang suri rumah sepenuh masa dan keturunan Peranakan Cina dari datuk sebelah bapanya. Keluarga Wan Ismail berasal dari Kampung Laut, Pasir Mas, Kelantan.
Beliau merupakan anak kedua dari lima adik beradik. Adik lelakinya ialah profesor di USM. Adik perempuannya pula bekerja sebagai jurugambar di Bernama. Seterusnya, adik perempuan bongsunya menjadi peguam di Kuala Lumpur. Ketika ibu bapanya berhijrah ke London, Azizah diserahkan sementara kepada pakciknya Che Rus Tahir dan Wan Asma Wan Mahmood di Alor Setar. Bapa angkatnya bekerja sebagai Merinyu Kesihatan bagi Kedah/Perlis dan mendedahkannya kepada kesihatan awam.
Anak mereka, Nurul Izzah Anwar telah berkahwin dengan Raja Shahrir.
Remove ads
Kerjaya politik
Parti Keadilan Nasional
Selepas suaminya, Datuk Seri Anwar dipecat dan ditahan pada 20 September 1998. Datin Seri Wan Azizah membantu menubuhkan Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat) pada 4 April 1999 dan memegang jawatan sebagai presidennya.[8]
Selepas Anwar dibebaskan pada tahun 2008, beliau dilantik oleh partinya sebagai Penasihat Umum (de facto) sehingga tahun 2015.
Ahli Parlimen
Beliau menyertai pilihan raya pertama bagi kerusi parlimen Permatang Pauh dalam tahun 1999, yang mana beliau telah menang menewaskan Dato' Seri Ibrahim Saad dengan satu majoriti 9077 undi. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihan raya seterusnya dalam tahun 2004 dengan majoriti kecil selepas beberapa kali kiraan semula. Beliau menewaskan Ustaz Firdaus.
Pada 8 Mac 2008, Wan Azizah sekali lagi menentang Ustaz Firdaus sekali lagi beliau mempertahankan kerusi Permatang Pauh mewakili Parti KeADILan Rakyat, selaku parti komponen Pakatan Rakyat, yang juga disertai oleh PAS dan DAP. Beliau juga ialah mantan Ketua Pembangkang Malaysia.
Beliau telah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang pauh pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil.[9][10]
Pada 1 April 2015, Anwar disabitkan bersalah diatas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan telah dihukum penjara selama 5 tahun. Ini memyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. SPR telah menetapkan 7 Mei 2015 sebagai hari pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015. Pada 8 Mei 2015, Wan Azizah berjaya memenangi kerusi tersebut dan beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu dengan majoriti 8,841 undi menewaskan calon dari BN, Shabudin Yahya dan dua orang calon bebas (kedua-duanya hilang deposit).
Pilihan raya Mac 2008
Wan Azizah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 dengan majoriti 13,388.[11] Beliau disokong oleh semua parti komponen Pakatan Rakyat untuk mengetuai pembangkang di rumah parlimen, Dewan Rakyat.
Dengan pengumuman awam oleh Anwar Ibrahim berhubung hasratnya untuk kembali ke politik aktif walaupun di sisi undang-undang dihalang daripada berbuat demikian,[12] Wan Azizah menunjukkan kesediaannya untuk mengosongkan kedudukan presiden parti jika beliau dipilih.[13] Bagaimanapun, beliau juga telah menyatakan bahawa dia bercadang untuk mempertahankan kerusi Parlimennya untuk Permatang Pauh.[14] Beliau meletak jawatan kerusi parlimennya untuk Permatang Pauh pada 31 Julai 2008, untuk memberi laluan kepada suaminya, yang memenangi pilihan raya kecilnya pada 26 Ogos 2008 dengan majoriti besar.
Gelaran kehormat
Wan Azizah diberi penghormatan sempena hari ulang tahun rasmi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 12 Julai 2008 apabila beliau dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri, suatu perintah pangkat kedua di negeri ini. Anugerah itu membawa gelaran Datuk Seri.[15][16]
Ijazah Kehormat
Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik dan Kemasyarakatan bersempena Istiadat Konvokesyen UNISELkali ke-17 2023 pada 9 September 2023 yang disampaikan oleh Canselor UNISEL, Raja Tan Sri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj di UNISEL Kampus Bestari Jaya.
Krisis politik Selangor 2014
Pada 9 Mac 2014, PKR telah mengumumkan beliau sebagai calon baharu untuk pilihan raya kecil Kajang.[17] Perkara ini adalah berikutan daripada keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas suaminya, Anwar Ibrahim. Suaminya disabitkan atas kesalahan meliwat, sekali gus telah menyebabkan hilangnya kelayakan sebagai calon DUN kawasan tersebut.[18] Selepas memenanginya, beliau dicalonkan partinya sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat oleh PKR.[19]
Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015
Pilihan raya kecil telah diadakan untuk kerusi Dewan Rakyat bagi Permatang Pauh pada 7 Mei 2015,[20] selepas suami Wan Azizah Anwar Ibrahim telah hilang kelayakan daripada memegang kerusi tersebut setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat dalam perbicaraan kontroversi.[21] Wan Azizah bertanding bagi kerusi itu menentang tiga calon lain,[22] mengekalkannya untuk PR dengan majoriti 8,841 undian.[23]
Pilihan raya 2018
Pada pilihan raya 2018, Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.[24] Ia merupakan sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk Mahathir untuk berkhidmat sebagai interim jika dipilih, meminta pengampunan untuk Anwar dan membuka jalan baginya untuk mengambil alih.[25] Ada pula yang membuat spekulasi bahawa Wan Azizah yang akan memberi laluan kepada suaminya.[26]
Pengguguran sebagai Timbalan Perdana Menteri
Pada 24 Februari 2020, Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletak jawatan dan menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong. Baginda telah menerima peletakan jawatan tersebut tetapi melantik semula beliau sebagai Perdana Menteri Interim. Baginda telah berkenan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Tun Dr Mahathir. Perkara tersebut tertakluk dalam peruntukan Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri. Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran, merangkumi Timbalan Perdana Menteri, para menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik, adalah terhenti pada tarikh peletakan jawatan.[27]
Remove ads
Galeri
- Bersalaman dengan Shri Narenda Modi
- Menerima kunjungan hormat daripada Perdana Menteri India, Shri Narendra Modi
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Anugerah
Pulau Pinang :
Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) - Dato' Seri (2008) [28]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads