Pe3

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

PE3 merupakan sebuah filem komedi aksi Malaysia 2012 yang ditayangkan pada 18 Oktober 2012 di Malaysia.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan tentang sebuah geng rompakan yang terkenal di Pulau Pinang yang diketuai oleh Megat (Farid Kamil). Megat seorang yang cekap dalam merancang strateginya sehingga pihak polis tidak berjaya menangkapnya. Megat mempunyai seorang adik perempuan, Lina (Diana Amir) yang amat disayanginya kerana hanya Lina sahajalah keluarganya yang tinggal di dunia ini. Lina langsung tidak tahu mengenai kegiatan abangnya.

Berlaku satu cubaan ragut terhadap Lina yang mana Lina telah diselamatkan oleh Fumi (Kamal Adli). Fumi merupakan seorang anak muda yang mempunyai masalah wang dan sering di kejar Ah Long. Pertemuan pertama dengan Lina telah membibitkan perasaan sayang dan cinta diantara mereka sehingga mahu berkahwin. Megat yang sayangkan adiknya terpaksa menerima Fumi sebagai adik iparnya.

Megat mula menunjukkan dunianya yang sebenar kepada Fumi. Megat dan Fumi berkerjasama dalam melakukan rompakan namun setiap rompakan mereka berjaya dipatahkan oleh pihak polis. Megat mula mengesyaki bahawasanya terdapat pengkhianat dalam gengnya sendiri. Keadaan mula huru hara di antara mereka, namun Megat dengan bongkaknya teruskan juga kegiatan dan akhirnya menjadi buruan polis sehingga banyak nyawa yang melayang kerana kedegilannya.

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Soya sebagai Chendol
  • Fyza Kadir sebagai Fyza (Isteri Abang Kawasan)
  • Nik Amir Azafiq sebagai Afiq (Abang Kawasan)
  • Jeff Beh sebagai Jerry

Penampilan khas

  • Tauke Jambu sebagai Nelayan 1
  • Yus Jambu sebagai Nelayan 2
  • Insp. Nazaruddin Abdul Razak sebagai Pemandu Lori Kontena
  • Pancho sebagai Pelanggan Kereta Gila
  • David Teo sebagai Inspektor
Remove ads

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads