Along Eyzendy
Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mohd Eyzendy Mohd Aziz atau lebih terkenal sebagai Along Eyzendy (lahir 12 Oktober 1979) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia, terkenal menerusi peranan di televisyen dan filem.[1][2][3]
Remove ads
Kerjaya lakonan
Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Along Eyzendy terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai peniup trumpet. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran dalam jurusan muzik di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).[1] Kerjaya lakonannya bermula pada 2003 menerusi filem arahan Nam Ron, Gedebe yang turut dibintangi oleh Zul Huzaimy dan Soffi Jikan.[4] Tiga tahun kemudian, beliau muncul dalam drama penyiasatan CID 3278 terbitan Rosyam Nor menerusi Suhan Movies & Trading, lakonan bersama Allahyarham Faizal Yusup dan Salina Saibi.
Pada tahun 2008, beliau berlakon bersama Bienda dan Danny X-Factor dalam filem Budak Kelantan arahan Wan Azli Wan Jusoh.[5] Along memegang watak sebagai Rosman, seorang pemandu van jenazah dalam filem seram yang meraih kutipan pecah panggung, Khurafat: Perjanjian Syaitan arahan Syamsul Yusof,[6] diikuti oleh satu lagi filem seram, iaitu Karak arahan Yusry KRU.[7] Kedua-dua filem ini ditayangkan pada 2011.
Eyzendy kemudian bekerjasama dengan Pierre Andre menerusi dua filem arahannnya, Cerita Kita dan 1 Lawan Satu yang kedua-keduanya dikeluarkan pada 2013.[8] Tiga tahun kemudian, beliau berlakon di samping kumpulan Zero dalam filem Lu Mafia Gua Gangster arahan Krishna Roy yang turut dibintangi oleh Jalaluddin Hassan dan Zack Taipan.[9]
Selain sebagai pelakon, Along berkhidmat sebagai pensyarah untuk Teater Tradisional Makyong di ASWARA.[10]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Along berkahwin dengan Hamidah Mohd Yatim dan dikurniakan tiga anak.[11]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads