Fadzil Zahari
Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Fadzil Bahri bin Dato' Dr. Zahari (Jawi: فدزيل بهري زهاري; lahir 4 Ogos 1983) ialah seorang pelakon, penulis skrip dan penerbit Malaysia.
Beliau merupakan adik kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil. Pemilik syarikat agensi iklan social media, pengurusan bakat & production house “[1]Prokuya Studios” bersama Yana Samsudin.
Remove ads
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan sebagai Fadzil Bahari bin Zahari pada 4 Ogos 1983 di Alor Setar, Kedah, beliau merupakan anak kepada tenaga akademik kedoktoran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu bapanya, Dato' Dr. Zahari Che Dan dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah. Beliau mempunyai darah campuran Melayu, Arab dan Siam.
Beliau merupakan anak kedua dari 5 orang adik beradik. Abang sulungnya, Farid Kamil terlebih dahulu menempa nama dalam bidang seni sebagai pelakon. Adik-beradik beliau yang lain termasuk Anis Anwar, Azman Aizuddin dan Nurdianah. Masing-masing berkecimpung dalam bidang doktor perubatan.
Beliau pernah belajar di SMK Dato' Syed Omar, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaya.
Remove ads
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya seninya pada awal 2008 sebagai penulis skrip filem. Dalam tahun 2010, beliau berjaya menghasilkan skrip untuk filem Kongsi arahan abangnya, Farid Kamil. Selain itu, beliau turut menulis skrip untuk beberapa filem termasuk Bini-Biniku Gangster, Pe3, Taikun dan Suami Aku Ustaz. Sebagai pelakon, beliau telah muncul dalam filem Bro, Nampak Motor Gua? dan juga beberapa drama TV termasuk Bini-Bini Perkasa, dan Rawan.[2] Beliau melakonkan watak Nazmi dalam drama adaptasi novel bertajuk Kerna Syurga Bukan Percuma.
Fadzil menerbitkan drama pertamanya, Demi Tuhan Aku Bersaksi mengisahkan seorang lelaki yang memilih menjadi mak nyah dan mahu berubah ke arah kebaikan. Fadzil berkata drama itu diinspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku di tempat pengajian dan watak utamanya dijayakan oleh Syafie Naswip dan Fezrul Khan. Drama ini menjadi subjek kecaman umum apabila ia mengangkat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) membabitkan pusat tahfiz, sekaligus menyebabkan Fadzil dicop warganet sebagai ahli neraka.[3][4]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Fadzil berkahwin dengan pelakon, Yana Samsudin pada 13 Februari 2015.[5] Mereka berdua sebelum ini pernah digosipkan bercinta namun kedua-duanya menafikan dan memaklumkan hubungan mereka hanyalah sekadar kawan baik sahaja. Yana dan Fadzil mula berkenalan ketika kali pertama bertentang mata pada tahun 2008 di set penggambaran Rempit V3. Kemudian hubungan mereka semakin rapat selepas hampir setiap hari bertemu ketika penggambaran filem Kongsi. Beliau dikatakan pernah menghantar rombongan merisik pada tahun 2010 namun Yana ketika itu masih belum bersedia. Selepas Yana melahirkan rasa kesediannya untuk bergelar isteri pada tahun 2015, sekali lagi Fadzil menghantar rombongan merisik pada 14 Disember 2014 seterusnya menetapkan tarikh pernikahan mereka.[6] Anak sulung beliau bersama Yana, Aisy Mateen dilahirkan pada 20 Julai 2016.[7][8]
Beliau sebelum ini memberikan respons kepada media berhubung penahanan abangnya, Farid Kamil yang dijatuhkan hukuman penjara selama 9 bulan bermula Mei 2019.[9][10][11]
Pada November 2020, Fadzil dan Yana dikurniakan anak kedua, iaitu seorang anak perempuan.[perlu rujukan] Pada Januari 2024, mereka dikurniakan anak ketiga, iaitu anak lelaki.[12]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads