Daerah Penampang

daerah di Sabah, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Daerah Penampangmap
Remove ads

Penampang merupakan sebuah daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat, barat negeri Sabah, Malaysia. Daerah Penampang merupakan daerah ketiga terkecil di Sabah. Pusat pentadbiran bagi daerah ini terletak di Pekan Donggongon. Antara pekan lain yang terletak di daerah ini termasuklah Kasigui. Daerah ini juga terkenal sebagai pusat penempatan dan kebudayaan kaum Kadazandusun.

Fakta Segera Penampang, Negara ...
Remove ads

Etimologi

Nama "Penampang" dipercayai berasal daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang yang terletak di tepi Sungai Moyog/Petagas. Nama "Penampang" berasal daripada perkataan Bahasa Kadazan "pampang" yang bermaksud "batu besar". Hal ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut. Lama-kelamaan sebutan "pampang" bertukar menjadi Penampang.[2]

Remove ads

Sejarah

Pada tahun 1958, sebuah pihak berkuasa tempatan telah ditubuhkan bagi mentadbir kawasan daerah Penampang iaitu Majlis Daerah Luar Bandar Jesselton. Pada tahun 1966, Majlis Daerah Luar Bandar Jesselton telah ditukar nama kepada Majlis Daerah Luar Bandar Kota Kinabalu. Pada tahun 1978, nama Majlis Daerah Luar Bandar Kota Kinabalu ditukar pula ke Majlis Daerah Penampang.

Pada 18 Mac 1997, sebuah daerah kecil telah ditubuhkan di daerah Penampang iaitu Daerah Kecil Putatan. Pada 30 April 2011, Putatan secara rasmi berpisah dari Daerah Penampang dan menjadi sebuah daerah penuh.[3]

Remove ads

Pentadbiran

Daerah Penampang berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Penampang. Pusat pentadbiran dan ekonominya terletak di Pekan Donggongon. Daerah Penampang juga dibahagikan kepada sembilan mukim;

  • Mukim Bahang
  • Mukim Donggongon
  • Mukim Inobong
  • Mukim Kepayan
  • Mukim Kobusak
  • Mukim Maang
  • Mukim Moyog
  • Mukim Penampang Baru
  • Mukim Sugud

Dari segi politik, Penampang berada di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Kapayan dan Moyog yang terletak di bawah Parlimen Penampang.

Geografi

Daerah Penampang terletak di pesisir pantai barat negeri Sabah. Daerah Penampang juga bersempadan dengan;

Bentuk muka bumi bagi Daerah Penampang kebanyakannya ialah berbukit bukau dengan sebahagian kecil sahaja kawasannya memiliki kawasan tanah rendah kerana lokasinya yang terletak dalam kawasan Banjaran Crocker. Titik tertinggi di Daerah Penampang ialah Gunung Noimuhan dengan ketinggian 1,431 meter, Sungai terpanjangnya pula ialah Sungai Moyog.

Remove ads

Demografi

Maklumat lanjut Tahun, Pend. ...

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Penampang ialah seramai 162,174 orang dengan kepadatan penduduk 350 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat.[5] Majoriti penduduk di daerah Penampang merupakan Bumiputera termasuklah etnik Kadazandusun, Bajau dan Melayu.[1]

Maklumat lanjut Status, Bangsa ...
Maklumat lanjut Etnik di Penampang - Bancian 2019 ...

Jantina

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Penampang pada tahun 2020 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Maklumat lanjut Jantina, Tahun ...

Agama

Thumb
Gereja St. Michael, Penampang

Di daerah Penampang, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 51 peratus diikuti agama Islam sebanyak 33 peratus dan agama Buddha sebanyak 14 peratus. Agama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1] Majoriti penganut Kristian di Penampang mengikut aliran Gereja Katolik.

Penampang adalah salah satu daripada tempat yang paling penting bagi Gereja Roman Katolik misi awal di Borneo Utara. Misi Asing Persatuan St. Joseph Mill Hill, sebuah pertubuhan misi Katolik Roman, mula kerja-kerja dakwah awal di Papar, Penampang dan Sandakan dalam tahun 1880-an awal. Pada tahun 1927, Penampang menjadi pusat aktiviti penyebaran di Borneo Utara dan Labuan apabila Mgr. A. Wachter telah dilantik sebagai Pengawas Apostolic dan kemudiannya dilantik sebagai misi Penampang sebagai ibu pejabat beliau. Kerja-kerja misi sudah pasti pemangkin penting bukan sahaja dalam penyebaran agama di kalangan penduduk berasal dari Penampang tetapi juga dalam menyediakan pendidikan.

Thumb
Thumb
Thumb
Remove ads

Kawasan tarikan pelancong

Thumb
Kg Kuai Kandazon Sabah Monsopiad Cultural Village

Kampung Budaya Monsopiad ialah sebuah destinasi pelancongan yang terletak di Penampang. Monsopiad ialah nama seorang pahlawan terkenal yang memenggal kepala musuhnya dan menggantungkan tengkorak-tengkorak tersebut di halaman rumahnya sebagai amaran kepada musuh-musuhnya yang lain.

Thumb
Tarian Sumazau oleh masyarakat Kadazan

Budaya

Makanan tempatan

Terdapat beberapa juadah makanan tradisional penduduk Penampang yang sehingga kini disediakan di restoran-restoran di sekitar daerah ini. Antaranya ialah:

  • Butod (sejenis ulat Rumbia)
  • Pulut Tapai (sejenis pemanis mulut)
  • Pinarasakan Sada (Basungan)
  • Bosou (sejenis pembuka selera / Appetitizer)-diperbuat melalui penjerukan nasi dan ikan atau daging atau lemak haiwan atau udang.
  • Nonsom Bambangan
  • Hinava (isi ikan yang diperah dengan limau nipis dan digaul bersama dengan bawang)
  • Tuhau (diperbuat daripada dahan lembut lengkuas dan diperam bersama udang bubuk dan cuka)
  • Hinompuka (kuih muih tradisional)
  • Tinonsok Hindung (lauk belut sawah)
  • Tinonsok Siput Sosop (rebusan siput sungai)
  • Tinonsok soko om landoi (rebung yang dimasak dengan berudu)
  • Bundu (sejenis buah buahan yang jarang ditemui dan kebanyakkannya di hutan Penampang)
  • Tinimbu Wogok (bubur khinzir)
  • Tinimbu Kodop (bubur dicampur dengan kulat pokok)
  • Linugu Bakas (Babi Hutan yang dipanggang)
Remove ads

Pautan luar

  • Laman web rasmi Majlis Daerah Penampang
  • Pewujudan Pusat Pentadbiran Daerah Penampang
  • Kategori berkaitan Penampang di Wikimedia Commons

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads