Pankek
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lempeng (Jawi: ليمڤيڠ) atau penkek (serapan Inggeris pancake) adalah makanan kanji dimasak menuangkan adunan cair bancuhan sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang disapu lemak seperti minyak atau mentega.

Kadangkalanya telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan lempeng yang lebih bagus. Adunan lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar.[1]
Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalu dimasak diatas kuali leper.
Remove ads
Jenis
Manisan
Lempeng ini sering ditambah manisan seperti sirap, madu, coklat cair, susu sejat, mentega, buah-buahan, gula (dan lain-lain.
Bukan manisan
Lempeng juga digunakan untuk hidangan bukan manisan, seperti lempeng kelapa di Malaysia. Di Jepun, lempeng okonomiyaki berasaskan kobis sebagai bahan utama dicampur dengan. Bahan-bahan seperti sayur-sayuran dan daging juga digunakan.
Variasi
Amerika
Di Amerika Utara (Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico), bater lempeng ditambah dengan serbuk penaik seperti soda bikarbonat.[2]
Eropah
Di England, lempengnya tidak sama seperti lempeng Amerika, di mana bater orang Inggeris tidak menggunakan soda bikarbonat. Lempeng di Perancis, Belgium, Switzerland, dan Portugal, berbentuk nipis dan dipanggil crêpe.
Lempeng orang Scotland adalah hampir sama seperti lempeng Amerika, kerana ia ditambah dengan bahan penaik. Lempeng ini dipanggil Scotch pancakes, Scottish pancakes atau drop scones.
Asia
Di India, tepung beras yang direndam lama atau ditapaikan untuk ketika lama digunakan untuk memasak idli, apam atau thosai. Lempeng di Indonesia menggunakan tepung beras untuk dijadikan kuih serabi.
Di Malaysia, kebanyakan lempeng tidak menggunakan bahan penaik seperti lempeng pisang, lempeng kelapa, lempeng manis, lempeng berlauk, lempeng sayur, dan apam balik. Lempeng-lempeng berjenis ini merupakan makanan yang amat dikenali di Malaysia khususnya pada penduduk Melayu. Di antaranya ialah Ketayap, iaitu lempeng berinti kelapa manis dan digulung.
Di dunia Arab, terdapat sejenis lempeng berinti dipanggil Atayef atau ataif (kataif atau قطايف) yang disumbat dengan keju Nablusi (sebagai krim). Kacang badam atau kacang pistachio juga digunakan.
Australia dan New Zealand
Lempeng berbentuk kecil (ukuran diantara 75mm diameter) dikenali sebagai pikelets, menggunakan tepung naik sendiri. Lempeng Amerika juga dimakan dirantau ini.
Afrika
Orang di Kenya, memakan lempeng jenis Inggeris dan Crêpe. Di Afrika Selatan, dipanggil pannekoek.
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
