Apam balik

From Wikipedia, the free encyclopedia

Apam balik
Remove ads

Apam balik (Jawi: أڤم باليق) atau juga dikenali sebagai apom balik, martabak manis (Jawi: مرتابق مانيس) dan terang bulan (Jawi: ترڠ بولن) (bahasa Inggeris: turnover pancake;[1] Cina: 曼煎粿, Hokkien: Ban Chang Kueh,[2] Hanyu Pinyin: Màn Jiān Guǒ) merupakan sejenis kuih berupa apam tradisi Fujian sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai.[3][4]

Thumb
Apam balik jenis nipis

Penamaan

Thumb
Peta kepelbagaian nama kuih subjek.
kuning: bernama apam
merah: bernama martabak
hijau: bernama terang bulan
biru/ungu: bernama kuih.

Kuih ini didatangkan dalam pelbagai nama beraneka:

Apam

Kuih

Martabak

Lain-lain

Remove ads

Pembuatan

Thumb
Dapur yang digunakan bagi memasak apam balik secara komersil.

Adunannya diperbuat dari bancuhan tepung gandum, soda penaik, telur ayam, santan, air dan ragi atau ibu roti.[5]

Apam besar besar dimasak di atas kuali tembaga manakala yang jenis kecil menggunakan dapur gas khas mempunyai satu atau enam kuali untuk memasak sekaligus. Selepas kuali-kuali ini disapu mentega atau marjerin, adunannya dibubuh dan ditunggu masak sambil dimaniskan dengan taburan gula kasar dan kacang tanah hancur atau bijan serta perisa dipilih; apam yang sampai masak dilipat dua sebelum disajikan panas-panas.

Inti yang lazim didapati adalah dan jagung manis, tetapi ada juga inovasi pelbagai perisa seperti nestum, coklat, vanila, keju dan strawberi.

Jenis

Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:

  • apam balik besar: apam balik yang tebal dan gebu.
  • apam balik kecil atau apam balik nipis: apam balik nipis dan rangup.
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads