Perempuan Itu (drama)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Perempuan Itu merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Isma Yusoof dan Nur Ain Sharif terbitan Rumah Karya Citra Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Mimi Lana dan Zul Ariffin. [1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Tonton pada 1 Jun hingga 30 Jun 2023.
Siri ini juga bersiaran ulangan di saluran TV3 di bawah Slot Sakura pada 27 Februari hingga 17 April 2024 bagi menggantikan siri drama Cik PA Tuan Ash dan digantikan oleh siri drama Desa Boy. Ia merupakan siri pertama dalam francais Itu.
Remove ads
Sinopsis
Ibu bapa Khalish mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita.
Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir. Walaupun pada mulanya Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya.
Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira.
Remove ads
Pelakon
Pelakon utama
- Mimi Lana sebagai Khalish
- Zul Ariffin sebagai Emir
- Siti Hariesa sebagai Seira
- Amar Asyraf sebagai Aryan
Penampilan khas
- Eman Manan sebagai Ustaz Salahudin
- Norish Karman sebagai Ustazah Khafila
- Aleeza Kasim sebagai Farisha
- Ismail Yaacob sebagai Ustaz Abizar
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Musalmah
- Erma Fatima sebagai Ibu Kartika
- Azizah Mahzan sebagai Saodah
Pelakon pembantu
- Elfriena Adros sebagai Yasmina
- Erysha Emyra sebagai Wardah
- Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai Iqbal
- Amir Ahnaf sebagai Remy
- Shahidan Izwan sebagai Rafiuddin
- Mierul Aiman sebagai Shamsul
- Sha'arin Razali sebagai Imran
- Donna Lynn sebagai Azie
- Alicia Amin sebagai Aisyah
- Aida Aris sebagai Mak Mertua
- Laila Nasir sebagai Mak Seira
Pelakon tambahan
- Anwar Mokles sebagai Peguam Arshad
- Ann Mohktar sebagai Peguam Siti Nur
- Aqil Rafiq sebagai Peguam Rafiq
- Rose Nicotine sebagai Tina
- Syazwani Shahnudin sebagai Maid Emir
- Azri Sabri sebagai Jit
- Aiman Nasir Wynne sebagai Zahir
- Fyda Othman sebagai Dr. Munirah
Remove ads
Kontroversi
Pada pertengahan Mac 2022, drama ini mendapat tentangan meluas tatkala pelakon Zul Ariffin mengepos satu adegannya dengan Siti Hariesa di laman Instagram-nya. Babak itu melibatkan Siti dan Zul saling berpelukan dalam gaya yang menonjol serta aksi Siti menyuap krim putar kepada Zul, lalu menerbitkan amarah orang ramai oleh kerana babak yang disifatkan keterlaluan dan lucah.[2] Selain itu, babak itu menerima selaran para agamawan Islam kerana bertentangan dengan norma tempatan, dengan tambahan bahawa drama itu dijangka bakal bersiaran pada bulan Ramadan (ini tidak berlaku).[3][4] Sementara itu, ada yang lebih bersifat menerima adegan itu dengan hujah keterbukaan minda dan pendidikan seksual.[1]
Dalam hal ini, pihak TV3 menyatakan bahawa babak itu tidak disangka mereka, dan tidak pernah diberi kelulusan.[5] Susulan itu, Zul dipanggil pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi tujuan siasatan berdasarkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.[6] Zul juga meminta maaf atas isu itu.[7] Sebagai kesudahan, pada Oktober 2022, Zul mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM30 ribu berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia oleh pihak mahkamah kerana "memuat naik kandungan bersifat sumbang".[8] Pengarah pula berkata bahawa drama ini akan diteruskan tetapi tanpa babak terkait.[9]
Lihat juga
- Lelaki Itu (2024)
- Keluarga Itu (2025)
Pautan luar
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads