Amir Ahnaf
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin (lahir 17 Februari 2000) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2021/2022.[1] Beliau terkenal dengan melakonkan watak sebagai Kahar dalam siri Astro Originals Projek: High Council (2023).[2]
Remove ads
Kehidupan awal dan pendidikan
Amir Ahnaf dilahirkan dan dibesarkan di Dungun, Terengganu dan merupakan anak sulung daripada 9 adik beradik.
Beliau dahulu merupakan Presiden Badan Wakil Pelajar di MRSM Kuala Terengganu. Amir telah mempelajari ilmu Silat sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 5, dan pengalaman dalam seni mempertahankan diri ini banyak membantunya ketika memegang watak Kahar dalam Projek: High Council yang penuh dengan adegan aksi. Selain itu, beliau juga pernah menyertai pasukan ragbi sekolah sejak di Tingkatan 1 dan telah menyertai pelbagai jenis pertandingan termasuklah pertandingan taranum Al-Quran dan azan. Amir juga pernah menubuhkan sebuah kumpulan muzik sendiri ketika berada di sekolah dan memegang posisi sebagai vokalis utama.
Remove ads
Kerjaya
Kerjayanya bermula setelah beliau dipilih menjadi salah seorang peserta Hero Remaja 2021.[3]
Amir Ahnaf memulakan kerjayanya sebagai pelakon dengan membintangi drama bersiri Akim & Mira: Kisah Cinta 1999 dan memegang watak sebagai Ejoi yang telah mula disiarkan di Astro Ria bermula 22 Disember 2022. Beliau mendapat perhatian meluas dengan memegang watak sebagai Kahar, pelajar Kolej Ungku Deramat (KUDRAT) dalam Projek: High Council yang disiarkan serentak di Astro GO dan Astro Ria. Ia turut dibintangi oleh Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Naim Daniel dan Daiyan Trisha.[4]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Beliau kini menetap di Selangor. Amir juga berbakat dalam menyanyi, bermain gitar, menggubah lagu, dan melukis.
Filemografi
Filem
Drama
Drama web
Telefilem
Televisyen
Video Muzik
Diskografi
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads