Pesuruhjaya PAS Selangor

ketua perhubungan negeri bagi Parti Islam Se-Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Pesuruhjaya PAS Selangor ialah jawatan dan gelaran bagi pengerusi jawatankuasa perhubungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negeri Selangor. Jawatan ini dilantik oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia sebagaimana diperuntukkan dalam perlembagaan parti tersebut..

Fakta Segera Anggota bagi, Institusi ...
Remove ads

Senarai

Berikut merupakan senarai Pesuruhjaya PAS Selangor sejak 1954[1][2]:

Maklumat lanjut #, Nama ...
Remove ads

Penubuhan

Dipertengahan tahun 1952, Panglima Jihad PAS Almarhum Dato' Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad dari Batu 20 Bagan Pasir, Bagan Datoh Perak telah membawa dan memperkenalkan PAS di Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam dan kampung-kampung lain dipersekitarannya melalui jalan sungai[3]. PAS dibawa masuk ke Selangor awal tahun 1953 melalui jalan darat pula telah dibawa oleh Almarhum Tn Hj Mohamad Nor Segambut ke persekitaran Kuala Lumpur Utara.

Di akhir tahun 1953, PAS Selangor telah berjaya ditubuhkan dengan nombor pendaftaran dari Pendaftar Pertubuhan dengan nombor pendaftaran PPM/SEL:26/52-82. Pada peringkat awal penubuhan, PAS Selangor mempunyai beberapa buah ranting di antaranya, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam; Parit 1 Sungai Sireh, Tanjong Karang; Segambut; Simpang 3 Gombak; Kampung Baru, Kuala Lumpur; Batu 12, Tanjong Karang; Kuang dan Sg Choh, Hulu Selangor; Batu 9, Cheras dan Beranang, Hulu Langat; Sg Kandis, Kg Jawa dan Meru, Klang dan Sijangkang, Kuala Langat

Bangunan Markaz Tarbiyah PAS Selangor 

PAS Selangor mempunyai bangunan sendiri iaitu Markaz Tarbiyah PAS Selangor di Batu 6, Sementa yang telah didirikan di akhir tahun 1980 an dan kini telah berpindah di bangunan baru di Presint Alami, Pusat Perniagaan Worldwide, Shah Alam. Bangunan Markaz Tarbiyah PAS Selangor di Bt 6, Sementa telah serahkan kepada pentadbiran PAS Kawasan Kapar untuk mengurusknnya.

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads