Ab Halim Tamuri

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Ab Halim bin Tamuri (lahir 9 Oktober 1967) ialah seorang ahli politik Malaysia, ahli akademik dan pensyarah yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Paya Jaras sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN). Beliau juga telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang ke-16 sejak Oktober 2023. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah TV Alhijrah (TVAH) dari Julai 2022 hingga Mei 2023, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dari Julai 2013 hingga Jun 2021, serta Ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN) dari Oktober 2018 hingga April 2019. Di samping itu, beliau juga merupakan Profesor dalam bidang Pendidikan Islam di Pusat Kajian Kepimpinan dan Dasar Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga berperanan sebagai Penasihat Pusat Pembangunan Pendidikan Islam Selangor, Presiden Persatuan Intelektual Muslim Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Ahli Lembaga Pengarah Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), serta Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor dan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan.[1]

Fakta Segera Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia Negeri Selangor ke-16, Presiden ...
Remove ads

Kehidupan awal dan pendidikan

Ab Halim dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor, Malaysia pada 9 Oktober 1967. Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris Tanjong Karang dari tahun 1974 hingga 1979. Beliau meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang dari 1980 hingga 1983 dan seterusnya di Kolej Islam Klang dari 1984 hingga 1985. Beliau melanjutkan pengajian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan pra-universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam pada tahun 1986. Di peringkat pengajian tinggi, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam (pengkhususan Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari 1987 hingga 1991, diikuti Diploma Pendidikan dari 1993 hingga 1995 di institusi yang sama. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke United Kingdom dan memperoleh Sarjana Pendidikan Islam (M.Litt.) dari Universiti Birmingham dari 1995 hingga 1997 serta Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pendidikan Islam pada tahun 2000, juga dari universiti yang sama.[2]

Remove ads

Kerjaya politik

Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Ab Halim telah membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi negeri Paya Jaras. Ab Halim memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Paya Jaras bagi penggal pertama selepas menewaskan penyandang kerusi, Mohd Khairuddin Othman dari Pakatan Harapan (PH) dan calon bebas, Nurhaslinda Basri dengan majoriti tipis sebanyak 1,986 undi.[3][4][5]

Sepanjang tempoh kempen, Ab Halim menyatakan bahawa perubahan landskap politik tidak seharusnya terikat kepada persepsi semata-mata, sebaliknya perlu selaras dengan fakta serta pelaksanaan kehendak dan keperluan rakyat berdasarkan realiti semasa. Beliau berkata bahawa dengan adanya pelbagai platform media sosial, pengundi terutamanya golongan muda kini lebih peka terhadap perubahan politik dan akan menuntut janji-janji yang dikemukakan semasa berkempen. Beliau menggesa ahli politik supaya lebih matang dan tidak membina persepsi yang boleh memakan diri apabila kenyataan mereka disalah tafsir oleh sesetengah pihak. Menurutnya, pengundi masa kini lebih bijak dalam menilai sama ada seseorang pemimpin benar-benar mampu melaksanakan tanggungjawab atau sekadar mencetuskan retorik untuk memenangi pilihan raya, berbanding dahulu. Beliau juga menyatakan bahawa dengan kematangan dan perubahan dalam landskap politik semasa, tidak mustahil PN mampu membawa perubahan kepada pengundi, terutamanya di Paya Jaras berdasarkan rekod pencapaian lalu. Dalam masa yang sama, Ab Halim mentafsirkan manifesto tujuh teras PN iaitu "Selangor Kita Bangkit" sebagai menyeluruh dan inklusif merangkumi semua lapisan masyarakat, serta mampu memacu kemajuan Selangor dalam aspek politik, ekonomi dan sosial, selain menjamin pendidikan serta kebajikan kumpulan B40 dan M40 yang berdepan tekanan ekonomi.[6] Sementara itu, Timbalan Pengerusi PN merangkap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Abdul Hadi Awang, menyifatkan Ab Halim sebagai sebuah “anugerah” kepada kawasan Paya Jaras. Beliau menyokong kenyataan tersebut dengan menyatakan bahawa Ab Halim mempunyai rekod pencapaian cemerlang untuk menjadi seorang wakil rakyat dan mampu memainkan peranan besar dalam membantu pentadbiran kerajaan negeri Selangor sekiranya PN berjaya mengambil alih kuasa daripada PH. Beliau turut menyeru pengundi Paya Jaras untuk menerima “anugerah” tersebut dan memberikan sokongan penuh kepada Ab Halim demi kemenangannya di kawasan itu.[7]

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...

Anugerah

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads