Piala Konfederasi FIFA 2003
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Piala Konfederasi FIFA 2003 merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang telah dianjurkan oleh FIFA. Ini merupakan kejohanan kali keenam dalam sejarah penganjuran Piala Konfederasi termasuk Piala Raja Fahd yang telah dianjurkan pada tahun 1992 dan 1995. Pasukan Perancis mengekalkan kejuaraan yang mereka menangi pada tahun 2001.
Kejohanan ini juga menyaksikan insiden tragis di mana salah seorang pemain pasukan Cameroon, Marc-Vivien Foé meninggal dunia akibat serangan jantung semasa perlawanan separuh akhir menentang pasukan Colombia[1].
Remove ads
Pasukan yang layak
1 Pasukan Jerman, naib juara Piala Dunia FIFA 2002 dan Itali, naib juara UEFA Euro 2000 menolak untuk menyertai kejohanan ini. Pasukan Sepanyol yang berkedudukan kedua dunia dalam senarai FIFA juga menolak untuk menyertai kejohanan kali ini.
Remove ads
Peringkat kumpulan
Kumpulan A
Kumpulan B
Remove ads
Peringkat kalah mati
Separuh Akhir | Pentas Akhir | ||||||
26 Jun - Lyon | |||||||
![]() |
1 | ||||||
![]() |
0 | ||||||
29 Jun - Saint-Denis | |||||||
![]() |
0 | ||||||
![]() |
1 | ||||||
Tempat ketiga | |||||||
26 Jun - Saint-Denis | 28 Jun - Saint-Etienne | ||||||
![]() |
3 | ![]() |
1 | ||||
![]() |
2 | ![]() |
2 |
Separuh akhir
Tempat ketiga
Akhir
Penjaring gol
|
|
|
Kematian Marc-Vivien Foé
Dalam perlawanan separuh akhir di antara pasukan Cameroon dan Colombia berlangsung, seorang pemain pasukan Cameroon, Marc-Vivien Foé dilaporkan pengsan di atas padang pada minit ke-75[2]. Rakaman televisyen memaparkan tiada seorang pemain yang berada berdekatan Foé semasa beliau rebah berdekatan kawasan tengah padang[3]. Foé kemudian dibawa ke tepi padang dan pasukan perubatan berusaha untuk menyedarkannya selama lebih setengah jam sebelum disahkan meninggal dunia[3][1]. Kesemua pemain pasukan Cameroon hanya mengetahui mengenai berita kematian Foé semasa mereka berada di bilik persalinan dan sedang meraikan kemenangan ke atas pasukan Colombia[1].
Bedah siasat kali pertama gagal mengesan sebarang sebab kematian Foé, namun begitu bedah siasat kali kedua dijalankan dan Foé dikesan mengalami kegagalan jantung[4]. Ujian air kencing yang dijalankan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) juga membuktikan Foé bebas dari pengaruh dadah[4].
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads